Ramadhan Tahun Ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di saat saya sedang menulis ini, sudah masuk 5 hari kita berpuasa. Ramadhan kali ini tidaklah terlalu panas seperti tahun sebelum ni. Pergi sekolah pun taklah penat sangat.

Pada hari pertama, saya berbuka di kampung halaman saya. Banyak juadah yang dihidangkan dan sememangnya dapat membuatkan perut kembung. Di bazaar Ramadhan banyak gerai yang menjual mercun. Menurut rakan saya, kalau beli mercun dekat Siam sangat murah dan peniaga mercun ini menjual mercun dengan harga 3x kali ganda.

Hari Kedua, saya berbuka bersama keluarga di rumah dengan hidangan ala kadar. Perut tidaklah terlalu kenyang membuatkan saya mudah untuk mandi serta solat kemudian bersiap-siap ke masjid menunaikan solat tarawih. Kali ini para jemaah yang hadir agak ramai di masjid. Sebab itu masjid saya jarang memberi moreh untuk orang yang hanya membuat 8 rakaat.

Hari ketiga, saya dah lupa dan langsung tak ingat apa yang terjadi.

Hari keempat, lepas balik sekolah saya membuka laptop dan update blog saya. Domain blog ini masih baru tetapi isi kandungan sama seperti blog lama saya. Kemudian saya bermain permainan Fifa Online 2 untuk mencepatkan masa berbuka. Terlelap saya sementara menunggu waktu berbuka.

Hari kelima, saf di masjid semakin berkurang dan dentuman bunyi mercun semakin kedengaran. Baju Melayu saya masih di mesin basuh jadi saya hanya memakai pagoda ke masjid. Tiada apa yang perlu dimalukan dengan memakai pagoda.

 


8 Responses

  1. Blog Asyraf says:

    Pakai baju pagoda org tak tengok pelik ka? haha..

  2. Shahrul says:

    best kalau dapat berpuasa kat kampung halaman

  3. titan says:

    aku tak tahu nak beli ke tak baju raya tahun nih..

  4. Fadzmie says:

    Kat masjid area aku pun macam tu jugak. Makanan untuk moreh simpan dalam bilik masjid dulu, lepas tu kena kunci. Bila dah habis terawih, baru angkut keluar makan ramai-ramai. Tak nak bagi budak-budak yang solat 8 rakaat makan dulu. Haha.

  5. daddydee says:

    Saya pun suka pakai baju pagoda je, tak memalukan pun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *