Red Giants calar reputasi Pahang

550482_521335524573022_785827074_n

Selangor mencalarkan permulaan menarik pendahulu Liga Super 2013, Pahang dengan kejayaan 3-2 di Stadium Shah Alam.

Tuan rumah lebih awal bersorak melalui dua ledakan Amri Yahyah pada minit ke-3 dan m20. Pintu gol Tok Gajah bolos dengan mudah selepas Nasril Nordin ditewaskan melalui gol dari celah kakinya.

Selangor terus memberi tekanan ke atas kubu lawan yang menyaksikan cubaan Raimi Md Nor dihalang dalam kotak penalti. Namun selepas itu, Raimi menjadi arkitek dalam gol kedua Red Giants untuk Amri melakukan tolakan mudah buat tuan rumah mencengkam kedudukan.

Bertitik tolak kepada kehilangan Bunyamin Omar di bek kiri pada minit ke-21, Pahang menggunakan kesempatan itu untuk menembusi benteng lawan.

Selang dua minit pertahanan kebangsaan itu dikeluarkan dan digantikan dengan Fairuz Abdul Aziz, Pahang merapatkan jurang menerusi tandukan Fauzi Roslan yang menerima lambungan Faizol Husin.

Selangor mula tertekan apabila anak buah Dollah Salleh berjaya menguasai bahagian tengah.

Ketika asyik melancarkan serangan, benteng pelawat nyaris dihukum namun kali ini Nasril lebih bersedia untuk menafikan rembatan jarak dekat Raimi.

Kelincahan R. Surendran menjadi duri dalam daging pihak lawan apabila dua pemain Selangor, Fairuz Abdul Aziz dan K. Gurusamy mengutip kad kuning kerana mengasarinya.

Razman Roslan menyempurnakan sepakan penalti untuk mengikat kedudukan kepada 2-2 tiga minit sebelum babak pertama berakhir.

Selangor terpaksa membuat pertukaran apabila Shukur Jusoh dimasukkan bagi menggantikan K. Gurusamy yang tercedera. Beberapa gerakan berani bekas pemain Harimau Muda A itu kembali membuatkan pasukan bimbingan Irfan Bakti Abu Salim kembali bernafas.

Pahang pula gagal memanfaatkan beberapa peluang dengan pemain sayap bekerja keras mencipta peluang.

Tandukan menerjah jaring Azamuddin Akil kemudian dibatalkan kerana ofsaid. Pertaruhan terakhir Selangor dengan memasukkan Ramzul Zahini Adenan dibahagian membuahkan kegembiraan buat kem Selangor.

Penyerang itu hanya mengambil masa tiga minit untuk kembali meletakkan tuan rumah di hadapan menerusi tandukan kemasnya hasil umpanan Shukur Jusoh dan Selangor mempertahankan kelebihan mereka sehingga wisel penamat walaupun Pahang tidak berputus asa untuk mencari gol.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *