Reina: Liverpool tak semantap dulu

Manchester City v Liverpool - Premier League

Pepe Reina yakin bahawa Liverpool terkial-kial untuk mengatasi pasukan-pasukan teratas pada musim ini adalah kerana pasukan Reds tidak lagi semantap dahulu.

Pepe Reina dipersalakan lagi apabila kesilapan beliau memberikan peluang bagi City untuk menyamakan kedudukan dalam perlawanan seri 2-2 di Etihad Stadium pada hujung minggu lalu.

Pemain Sepanyol itu telah keluar dari posisi asal untuk membenarkan percubaan dari Sergio Aguero masuk gawang.

Beliau kurang menyerlah pada kempen dan ramai orang telah menunding jari kepada beliau ke atas ketidakmampuan pasukan Reds untuk mendapat tempat teratas dalam kedudukan pada musim ini.

Namun, Reina yakin bahawa Liverpool hanya tidak semantap pasukan lain dalam saingan Liga Perdana kali ini.

“Saya berpendapat bahawa pasukan seperti City, United dan Chelsea lebih kuat dari kami, dalam segi kewangan dan juga bakat,” beliau memberitahu Marca.

“Terdapat beberapa sebab mengapa mereka ada lebih mata dari kami dan ia tidak bergantung kepada satu atau dua pemain yang hebat.

“Beberapa orang mengatakan bahawa saya kurang menyerlah pada musim ini tetapi saya enggan bersetuju. Saya berpendapat telah beraksi dengan lemah dalam tiga perlawanan pada awal musim sahaja.

“Saya turut dikecualikan dari beberapa perlawanan akibat masalah kecederaan. Ia merupakan musim yang paling mencabar bagi saya dan juga, kelab.

“Liverpool sedang melalui proses perubahan dalam segi taktik dan falsafah di kelab. Kami akan memerlukan lebih masa untuk menyesuaikan diri dan kami ingin para peminat lebih tabah.

Reina pernah digelar sebagai salah satu penjaga gol terbaik dalam saingan Liga Perdana dan pernah memenangi anugerah Golden Glove untuk tiga musim berturut-turut.

Beliau kekal sebagai salah satu pemain terbaik di Eropah dan walaupun telah menonjolkan prestasi yang agak lemah pada musim ini, beliau tetap dikaitkan dengan Barcelona yang merupakan bekas kelab yang dimainkan oleh bapa beliau, Miguel Reina Santos


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *