Rekod Barcelona berakhir juga

922163_33_previewReal Sociedad mengakhiri rekod kemenangan Barcelona, yang menamatkan perlawanan dengan 10 pemain, dengan keputusan 3-2 di Anoeta.

Pasukan Tito Vilanova dijangka akan menang seperti biasa apabila Lionel Messi dan Pedro Rodriguez membuat keputusan 2-0 dalam 25 minit.

Gonzalo Castro menjaringkan gol pertama pasukannya dan memberi mereka harapan sebelum masa rehat.

Gerard Pique kemudian dibuang padang dan tendangan percuma Gonzalo Castro terpesong masuk oleh pemain gantian Javier Masherano.

Imanol Agirretxe menjaringkan gol kemenangan dari hantaran Carlos Martinez dalam masa tambahan.

Pasukan Barcelona telah mula perlawanan dengan rentak yang baik, Messi dengan percubaan pertama selepas lima minit dan walaupun ia tersasar, pemenang empat kali anugerah Ballon D’Or itu tidak membuat kesilapan dari hantaran Andres Iniesta yang disepak masuk lepas penjaga Sociedad Claudio Bravo.

Gol penyerang Argentina itu bermakna beliau telah menyamakan catatan dengan rekod sejarah kelabnya untuk jaringan berturut-turut kepada 10 perlawanan.

Rembatan Pedro pada minit ke 14 kemudian terkena tiang. Xavi kemudian memberi bola kepada Dani Alves yang memberi hantaran tepat untuk Pedro menyepak masuk gol kedua.

Martinez berjaya mengatasi Valdes pada minit ke 34 tetapi gol tidak dibenarkan akibat ofsaid.

Messi juga terlepas peluang enam minit sebelum masa rehat tetapi percubaannya terkena tiang.

Castro menjaringkan gol pertama Sociedad apabila melepasi Dani Alves untuk menerima hantaran Carlos Vela sebelum memberi rembatan kencang lepas Valdes.

Barca cuba balas dengan mengekalkan kelebihan dengan rembatan deras Messi pada minit ke 44 tetapi Bravo berjaya menghalangnya.

Sociedad mula babak kedua dengan bersemangat dan Pique, yang telah dilayangkan kad kuning sebelum masa rehat akibat tidak mematuhi peraturan posisi 10 kaki dalam tendangan percuma pasukan lawan, dibuang padang 11 minit dalam babak kedua apabila mengasari Vela.

Iniesta kemudian mengasari Martinez dalam usaha menghalang laian beliau dan dilayangkan kad kuning.

Barcelona terus merosot dan Mascherano, yang telah menggantikan Cesc Fabregas selepas Pique dibuang padang, terpesong masuk rembatan Castro.

Pemain Barcelona kelihatan agak cemas dan Jordi Alba terus melepaskan kemarahan terhadap pemain gantian Sociedad Diego Ifran 10 minit sebelum masa tamat.

Agirretxe muncul sebagai wira dengan gol kemenangan dalam masa tambahan dan keputusan berakhir 3-2 berpihak kepada pasukan tuan rumah.  Sumber ESPN


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *