RM10 Juta Dilabur Demi Bawa Masuk Metallica ke Malaysia

Semestinya ramai yang sedia tahu band lagenda Metallica bakal menggegarkan Kuala Lumpur menerusi konsert pertama mereka di sini pada Ogos depan. Maka dengan itu, para peminat muzik heavy metal tanah air, tak perlu lah ke Singapura untuk konsert Metallica di sana kerana ia bakal terealisasi di Stadium Merdeka. Tapi pada sesiapa yang dah beli tiket untuk konsert di Singapura tu, apa salahnya beli juga tiket di KL. Kata…, anda ‘peminat kipas susah mati’, kan.

Ya, Metallica di Kuala Lumpur. ¬†Ia adalah sesuatu yang sangat jarang berlaku di mana kita dapat menewaskan saingan ‘mesra’ kita bagi menghadirkan satu band lagenda antarabangsa untuk membuat persembahan di negara kita dahulu, sebelum mereka ke Kota Singa.

Tambah menarik, satu sumber mendedahkan bahawa kejayaan Malaysia membawa masuk Metallica adalah hasil pelaburan sangat-sangat besar, – RM10 juta!

metallica
Menurut sumber itu lagi, individu yag berpengaruh memainkan peranan penting dalam mendapatkan kelulusan permituntuk  kumpulan rock itu ialah Menteri Kebudayaan dan Perlancongan, Datuk Seri Nazri Aziz.

“Dia seorang peminat Metallica dan beliau menyokong penuh konsert itu,” kata sumber tersebut seperti yang dilaporkan Red Carpet.net.my

Malah anggota band Metallica sendiri terkejut bahawa mereka akan melepasi ‘kawalan ketat’ negara kita dan berjumpa dengan peminat-peminat mereka di sini

“Malaysia! Kami akan melihat anda buat kali pertama pada 21 Ogos di Kuala Lumpur. “, tulis mereka di laman sosial Twitter.

Keseronokan mereka berterusan di web rasmi dengan menyatakan,

“Kami telah berkata sebelum ini … dengan lebih daripada 30 tahun perjalanan di seluruh dunia di belakang kita, terdapat sesetengah tempat yang kita belum diterokai. Jadi ia agak menyeronokkan bagi kami untuk kembali dengan satu lagi pertama, berhenti di Kuala Lumpur, Malaysia. ”

Kali terakhir band rock ini beraksi di rantau ini ialah pada tahun 1993 di Stadium Tertutup Singapura.

Metallica Live di Malaysia 2013 yang dianjurkan oleh Kumpulan Galaxy dalam persatuan dengan LAMC Productions dan Rockstar Touring – dengan sokongan dari Malaysia Major Event sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Tiket-tiket berharga RM680, RM550, RM450, RM380, RM350 dan RM195.

Jualan tiket akan dilancarkan pada 6 Julai pada pukul 11.30 pagi di Fahrenheit 88 (legar, tingkat bawah), Jalan Bukit Bintang, KL. Untuk maklumat lanjut tiket, layari www.galaxy.com.my atau hubungi 03-2282 2020

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *