Rokok Elektronik Bahaya dan Menggalakkan Amalan Merokok Di Kalangan Kanak-Kanak

Pihak berkuasa Filipina mengingatkan orang ramai bahawa penggunaan rokok elektronik boleh menyebabkan semakin ramai kanak-kanak terpengaruh menjadi perokok.
rokok-elektronik

Ketua Pengarah Pentadbiran Makanan Dan Ubat-ubatan Filipina, Kenneth Hartigan-Go berkata, dakwaan bahawa Rokok Elektronik boleh mengatasi ketagihan rokok adalah tidak benar.

“Sedar atau tidak, Rokok Elektronik  menggalakkan amalan merokok di kalangan kanak-kanak dan remaja.

“Ia membuat mereka semakin tidak bimbang kepada kesan serta risiko merokok,” katanya.

Rokok elektronik semakin mendapat sambutan di Filipina disebabkan cukai tembakau semakin mahal. Mulai tahun ini, kerajaan meningkatkan cukai rokok secara berperingkat-peringkat selama lima tahun.

Di akhir pelaksanaannya pada 2017 nanti, harga rokok akan bertambah sehingga dua kali ganda.

Jabatan Kesihatan menyatakan, hampir seorang daripada setiap lima penduduk Filipina adalah perokok.

Kata Hartigan-Go, orang awam dinasihat tidak merokok langsung atau tidak menggunakan rokok, cerut atau rokok elektronik. – AFP

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *