Ronaldo: Real lebih baik dari United

155365644

Cristiano Ronaldo yakin bahawa Real Madrid lebih gagah dari Manchester United sambil menantikan pertemuan Liga Juara-Juara.

Ronaldo akan bertemu bekas pasukan untuk kali pertama sejak berpindah ke Sepanyol untuk bayaran catatan rekod £80 juta pada 2009 apabila United berkunjung ke Bernabeu untuk perlawanan pertama di peringkat tempat 16 teratas.

Pasukan juara bertahan dalam Divisi Primera itu sedang melalui cabaran dalam saingan domestik pada musim ini dan kini berada jarak 16 mata di belakang Barcelona sementara pasukan Red Devils sedang berada di tempat utama dalam kedudukan Liga Perdana Barclays.

Walaubagaimanapun, Ronaldo kekal optimis sambil menantikan perlawanan menentang pasukan bimbingan Sir Alex Ferguson itu.

“Saya yakin bahawa perlawanan akan berjalan dengan lancar. Pada pendapat saya, Real Madrid merupakan pasukan yang lebih baik tetapi kami harus menonjolkan kekuatan pasukan di atas padang sendiri.

“Kami harus berwaspada dengan United memandangkan mereka telah menonjolkan peningkatan dalam tempoh beberapa tahun ini.

“Mereka selalu membuahkan hasil dan telah mengekalkan antara tempat teratas dalam kedudukan,” ujar beliau kepada majalah rasmi UEFA Liga Juara-Juara.

“Mereka adalah sebuah pasukan yang amat saya hormati. Ia akan tampil perlawanan yang amat sengit terutama di Manchester.”

Perlawanan juga akan tampil penuh emosi bagi Ronaldo yang telah menghabiskan masa tempoh enam tahun di Old Trafford.

“Saya pernah mengatakan sebelum itu bahawa saya yakin kami akan bertemu Manchester United,” belaiu berkata. “Saya ingin bersaing dengan mereka.

“Saya telah beraksi di United selama enam tahun dan telah menimba pengalaman yang baik di sana.

Ronaldo yang turut mendedahkan bahawa beliau tidak akan menyambut jaringan gol pada malam itu, mengakui masih menghormati bekas pengurus Ferguson.

“Saya tiba ke Manchester pada usia yang muda dan beliau telah membimbing saya dengan sebaik mungkin.

“Kami masih mempunyai hubungan yang baik dan ia akan tampil hebat untuk bertemu beliau sekali lagi.” Sumber Fox Sport


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *