Rumput tiruan bertaraf dunia, pertama di negara ini

image

SEREMBAN – Kerja pemasangan rumput tiruan jenis fieldturf di Kompleks Belia dan Sukan Paroi yang menelan belanja RM2.5 juta dijangka siap 25 Februari ini, sekali gus lebih awal dari tarikh jadual ditetapkan.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Baharudin Jali berkata, ketika ini, kerja pemasangan rumput telah siap 90 peratus dan ia siap lebih awal daripada jangkaan tarikh sebenar iaitu 1 Mac.Beliau berkata, Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2.5 juta melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta II (PFI II) bagi melakukan kerja pemasangan rumput tiruan berkenaan.

“Padang rumput tiruan jenis fieldturf yang bertaraf antarabangsa di negara ini mempunyai nilai akreditasi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) yang paling tinggi dan digunakan untuk pertandingan sukan di luar negara.“Padang rumput sebegini lebih mudah diuruskan berbanding rumput asli yang mudah rosak akibat penggunaan yang aktif. Ia merupakan pertama digunakan atas padang dalam negara ini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.Menurut Baharudin, kerja pemasangan rumput tiruan itu dimulakan pada pertengahan Januari lalu dan ia dilakukan secara berperingkat supaya memenuhi piawaian ditetapkan.“Sekarang ini, hanya tinggal 10 peratus untuk kerja terakhir bagi penambahbaikan sebelum dibuka kepada orang ramai,” katanyaBuat masa ini, katanya, penggunaan padang sedia ada dan trek balapan di kompleks berkenaan ditutup sementara waktu untuk kerja pemasangan rumput terbabit.

Sumber: Sinar Harian


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *