Rupanya Inilah Punca Neelofa Bertudung Menutup Aurat

Neelofa, dahulunya seorang artis seksi Malaysia yang sebut saja namanya pasti semua kenal. Namun kini Neelofa telah mengejutkan jutaan rakyat Malaysia apabila tampil bertudung menutup aurat. Apakah punca dan sebab Neelofa bertudung?

neelofa bertudung

Neelofa telah menulis beberapa ayat yang menjadi perangsang untuk Neelofa berhijrah pada bulan Ramadhan yang mulia. Alhamdulillah.

Lofa terbaca satu kata-kata yang buat Lofa sangat tersentuh. “You can’t please everybody, so put God first and let the rest fall in place”. Bila Lofa hayati kata-kata ini, hati terus sayu.

Lofa terfikir selama ini sibuk nak jaga hati orang itu, apa orang ini akan cakap dan sebagainya, tapi Lofa tak terfikir pula kepentingan ‘apa Tuhan akan kata’.

Mulai saat itu, Lofa tahu ini yang terbaik untuk Lofa dan tekad untuk berhijab. Kita tak boleh menutup mulut orang, tapi Lofa nak beri semua orang beri peluang dan sokongan supaya Lofa terus istiqamah dalam apa yang Lofa lakukan.\

Menarik bukan, dengan hanya satu perkataan seseorang mampu berubah ke arah yang positif. Rakyat Malaysia seharusnya elakkan mengutuk dan menghina sebaliknya memberi kata-kata motivasi yang dapat mengubah seseorang itu ke arah positif.

Semoga lebih ramai umat Islam di Malaysia memakai pakaian yang menutup aurat.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *