Rusuhan Bangladesh di Little India, Singapura

Baru-baru ini berlaku satu rusuhan yang melibatkan Bangladesh di Little India, Singapura. Satu rusuhan berlaku di persimpangan jalan Race Course dan Hempshire Road di daerah Litle India Singapura pada Ahad malam. Beberapa buah kenderaan persendirian turut dirosakkan dan kereta polis turut diterbalikkan. Sementara itu dilaporkan 10 orang pegawai polis cedera. Sekurang-kurangnya dua letupan kedengaran di kawasan kejadian berikutan tindakan perusuh membakar kenderaan terbabit.

rusuhan-di-little-indian-singapore

Memetik laporan Sinar Harian dan BH Online, rusuhan jam 9.30 malam itu berlaku selepas kemalangan jalan raya, membabitkan seorang pekerja warga Bangladesh yang terbunuh selepas dilanggar bas dalam kejadian di persimpangan Jalan Race Course dan Jalan Hampshire. Susulan kejadian itu, sekumpulan pekerja asing bertindak balas dengan merusuh dan merosakkan harta awam termasuk membakar ambulans dan kereta polis yang dikejarkan ke lokasi.

Tindakan Segera Polis Singapura

rusuhan-di-little-indian-singapura

Polis menggerakkan anggotanya daripada Pasukan Operasi Khas dan Kontinjen Gurkha ke tempat kejadian dan berjaya mengawal keadaan. Orang ramai di kawasan itu dinasihatkan supaya tidak keluar rumah sementara polis meneruskan operasi mengawal keadaan. Orang ramai di luar kawasan itu juga dinasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan berkenaan. Mereka juga diminta bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden itu.

gambar-rusuhan-di-singapura


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *