RVP: Saya lebih menyerlah di United

Manchester United v Liverpool - Premier League

Penyerang Manchester United Robin van Persie sedang menikmati masa dan menegaskan bahawa beliau lebih menyerlah di pasukan Red Devils

Ia tidak meragukan bahawa Van Persie akan menjadi salah satu pemain terbaik dalam saingan Liga Perdana pada musim ini.

Pemain antarabangsa Belanda itu telah mencatatkan rekod dengan 18 jaringan gol setakat ini. Sumbangan beliau turut membantu pasukan Red Devils untuk meningkat ke tempat utama dalam kedudukan.

Pemain yang berusia 29 tahun itu yang telah berpindah dari Arsenal pada musim panas, yakin bahawa beliau telah meningkat sebagai seorang pemain sejak menandatangani kontrak baru.

“Saya sedang menikmati masa di kelab baru dan musim baru sedang berjalan dengan lancar. Saya telahpun menyesuaikan diri dalam kelab.

Saya amat berterima kasih kepada rakan sepasukan yang telah mengalu-alukan kehadiran saya,” ujar Van Persie kepada The Sun.

Van Persie telah menyifatkan jurulatih United Rene Meulensteen sebagai kunci utama dalam peningkatan beliau sebagai seorang pemain.

“Beliau adalah salah satu jurulatih terbaik di dunia,” Van Persie berkata.

“Saya pernah berlatih dengan pelbagai jurulatih namun beliau adalah yang terbaik bagi saya. Cara beliau menyiapkan pemain pasukan sebelum perlawanan terbukti berbaloi.

“Setiap perlawanan akan tampil berlainan jadi ia akan menjejaskan setiap sesi latihan.

“Kami dapat meramalkan beberapa perkara dalam peralwanan akan datang. Beliau telah menyiapkan pasukan dengan sempurna.

“Seperti contoh, saya telah memberikan tendangan rendah setelah menerima hantaran dari Antonio Valencia di bek kanan.

“Mungkin ia kurang penting tetapi saya telah menumpukan perhatian untuk mengukuhkan gerakan itu dalam sesi latihan.

“Salah satu contoh juga adalah jaringan gol saya dalam perlawanan bersama Wigan. Saya berjaya masuk kotak penalti sebelum memberikan tendangan kaki kanan dan secara kebetulan, kami telah berlatih dengan menggunakan kaki kanan pada minggu sebelum itu.”

Van Persie yang pernah melalui masa silam dalam karier beliau, belum lagi terjejas dengan sebarang kecederaan pada musim ini dan bekas pemain Feyenoord itu sedang mengharapkan untuk mengekalkan kecergasan sehingga akhir musim. Sumber Fox Sport


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *