Salahkan bangsa apabila gagal ?

Ramai orang suka salahkan bangsa sendiri apabila jatuh ditimpa tangga . Bila dalam bisnes , tuduh bangsa orang khianat . Macam tu la kita orang Melayu . Tak pernah salahkan diri sendiri atas kegagalan diri sendiri .

Bila sudah jatuh , mulalah keluar ayat ” bangsa jatuhkan bangsa sendiri , inilah orang melayu suka dengki sesama melayu” . Patutnya kita insafi dengan kesilapan diri kita bukan dengan menyalahkan orang lain . Sifat dengki tu memang ada pada semua orang tapi bukan semua .

Begitu juga dengan blog . Bila orang komen blog kita tak bagus , dia kata orang dengki . Tu la sering dijadikan alasan yang digunakan blogger – blogger sekarang bila orang hina atau komen blog dia . Terima saja apa orang kata . Memang kita tak boleh puaskan hati semua orang , tapi jangan bagi orang lain meluat.

Faktor untuk orang meluat tak lain tak bukan ialah sombong dan bongkak . Aku akui aku tak suka orang yang sombong dan bongkak dalam blog dan Facebook . Maybe nampak aku macam ya ya kan je , tapi aku malas nak komen tentang diri korang . Bukan apa , komen sikit nanti dikata dengki , pastu hubungan silaturahim dah terputus .

Buanglah sikap ni . Dengki ? Perkataan orang yang lemah untuk digunakan . Bila orang serang , jangan fikir yang orang dengki , fikir kelemahan diri kita yang menyebabkan orang serang kita . Fikir apa perangai buruk kita . Fikir apa salah kita . Fikir apa yang kita buat . Kalau kita fikri semua tu , insyaalah tiada orang yang tak puas hati dengan kita .

PS : aku pun sama je , hehe


4 Responses

  1. hana says:

    erm..
    tapi kalau de rasa dengki dan cemburu mmg sanggup dan smpai hati tuk jatuhkan orang lain..
    kadang-kadang kita ni mmg x leh tgk orng lain lebe cikit…
    =D

  2. azreen says:

    besa la dah memang lumrah manusia..tak boleh nak orang senang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *