Sejarah Jambatan Pulau Pinang

Untuk pengetahuan semua, jambatan Pulau Pinang ni mula dibuka pada 14 September 1985 untuk kenderaan awam. Panjang keseluruhan jambatan ini adalah 13.5 km, yg menjadikannya antara jambatan terpanjang di dunia. Sebelum tahun 1985, untuk pegi ke seberang, pengangkutan utama adalah feri yang kita naiki dari dulu hingga kini.

Tarikh – tarikh penting:

  • Awal 1970-an – Tun Abdul Razak mencadangkan pembinaan jambatan bg menghubungkan Seberang Perai dgn Pulau Pinang
  • Akhir 1970-an – Tun Hussein Onn merancang utk membinanya
  • 23 Julai 1981 – Menteri Kerja Raya, S Samy Vellu mengumumkan jambatan Pulau Pinang akan mengikut konsep Jambatan San Fransisco Golden Gate
  • 1982 – Pembinaan Bermula
  • 3 Ogos 1985 – Perasmian oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad
  • 14 September 1985 – Pembukaan rasmi jambatan kepada kenderaan awam

Sewaktu dalam pembinaan...

Perdana Menteri, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Kerja Raya bersama isteri masing2 sewaktu perasmian.

Hanya sekali dalam sejarah, majlis makan malam atas Jambatan Pulau Pinang

Beberapa hari sebelum Jambatan Pulau Pinang dibuka kepada kenderaan awam melaluinya untuk pertama kali pada 1985, orang ramai telah diberi peluang untuk berjalan di atas jambatan sepanjang 13.5km itu. Ia satu peluang istimewa yang mungkin tidak akan berulang lagi, dan oleh kerana jambatan itu suatu binaan yang mengagumkan ketika itu, beribu-ribu orang mengambil peluang tersebut.

Sumber : botakbotak.com


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *