Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Muhd Amirul

Assalamualaikum dan salam aidilfitri kepada semua. Bulan Ramadhan yang mulia sudahpun meninggalkan kita dan kini Syawal menjelma. Sudah 30 hari kita berpuasa menahan lapar dan dahaga, rasa macam sekejap jika dibandingkan dengan orang-orang yang miskin kebuluran di luar negara.

Ramai umat Islam yang sedih apabila bulan ramadhan berlalu pergi. Yang pasti kanak-kanak pasti gembira menjelang tiba hari raya kerana boleh mendapat duit raya daripada sanak saudara. Kaum ibu mula sibuk mengemas rumah, membuat rendang dan ketupat.

Saya sebagai tuan empunya kepada blog ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pembaca blog ini, rakan-rakan dan yang mengenali diri saya. Jika saya ada menguris perasaan anda mohon ampunkan dosa saya. Kita umat Islam perlu saling memaafi antara satu sama lain.

Mohon blogger2 beri duit raya kepada saya dan Asyraf Asnawi kerana kami berdua blogger yang masih muda.

                                                                         

Yang Benar,

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *