SEMAKAN SAMAN POLIS DAN JPJ SECARA ONLINE DAN SMS

Untitled

SEMAKAN SAMAN POLIS DAN JPJ SECARA ONLINE DAN SMS

Sebenarnya tahun lepas Admin kena saman sebab lesen mati. Tak sempat nak sambung tetiba je polis tu saman. So terpaksa lah akur kena saman jugak. Kalau ikutkan saman ni dah lama. Admin nak bayar saman tu hari tahun lepas dah tapi bila pergi mahkamah je pekerja dekat mahkamah cakap tarikh tu mahkamah tak bersidang. So Admin balik lah. Diam macam tu je. Tak bayar-bayar saman sampai sekarang.

Bukan apa Admin pergi mahkamah. Orang cakap kalau naik mahkamah kadar saman boleh dapat murah sikit sebab oleh buat rayuan. Kan? Lepas tu Admin tak nak ambil tahu dah pasal saman tu. Ingatkan saman tu terbatal macam tu je. Sekali check dengan internet. Ambik kau. Saman tu ada lagi. Tapi nasib baik saman tu murah je. RM150 je. Bilalah nak bayar saman tu ek? Murah-murah pun duit jugak kan? Melayang macam tu je duit nanti.

Sekarang ni kalau sape-sape yang nak check saman senang je. Semuanya dihujung jari je. Nak bayar saman melalui online pun boleh sekarang ni. Nak Admin tunjukkan macam mana cara nak check saman dan bayar saman? Ok. Admin tunjukkan macam mana.

1. Semakan saman PDRM secara online: KLIK SINI

2. Semakan saman PDRM melalui SMS:

Taip POLIS <jarak> SAMAN <jarak> [nombor pendaftaran/plat kenderaan] hantar ke 32728

Contoh: POLIS SAMAN SA3321S hantar ke 32728

3. Semak saman, lesen memandu dan mata kejara JPJ melalui SMS:

Taip jpj <space> your IC Number and send to 37773

Contoh: jpj 123456734000 hantar ke 37773

 

4. Melalui SMS 15888

Dengan menggunakan telefon bimbit, anda cuma perlu

Taip POLIS SAMAN atau dan hantar ke 15888

Contoh : POLIS SAMAN WAQ1234 dan hantar ke15888
* Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20

Nota Kaki: Untuk semakan saman PDRM secara online anda perlu daftar dahulu akaun anda sebelum semakan dan pembayaran saman melalui laman web itu.

Semak saman Polis Trafik (PDRM) Melalui Online Dan SMS


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *