SENARAI 15 ORANG TERKAYA (BILIONAIR) MALAYSIA FORBES 2013

Senarai 15 Orang Terkaya (Bilionair) Malaysia Forbes 2013 | Menurut laporan terbaru Forbes, Robert Kuok kekal sebagai orang terkaya Malaysia dengan kekayaan bernilai AS$12.5 bilion. Tempat kedua ialah Ananda Krishnan yang menyaksikan kekayaannya meningkat daripada AS$9.9 bilion pada 2012 kepada AS$11.7 bilion tahun ini.

Tempat ketiga adalah Lim Kok Thay, anak lelaki kepada usahawan kasino terkenal, mendiang Lim Goh Tong pula mengendalikan Genting Group dengan rangkaian resort dan kasino di Malaysia,  Singapura, Hong Kong, Filipina dan United Kingdom dan 43 peratus kepentingan dalam Norwegian Cruise Line. Beliau berkongsi kekayaan bersihnya yang bernilai AS$6.6 bilion itu dengan ibunya, Lee Kim Hua (tempat ketiga)yang berusia 82 tahun dan anggota keluarganya yang lain.

malaysia-50-richest-2013

Shahril dan Shahriman Shamsuddin (tempat 12) , adik beradik di belakang kejayaan Sapura Group, turut memasuki ranking bilionair selepas penggabungan bernilai AS$3.7 bilion antara SapuraCrest dan Kencana Petroleum (dikendali oleh Mokhzani Mahathir, di tangga ke-15 dengan AS$980 juta).

Senarai 14 orang terkaya Forbes di Malaysia ialah:

  1. Robert Kuok – AS$12.5 bilion,
  2. Ananda Krishnan – AS$11.7 bilion
  3. Lim Kok Thay – AS$6.6 bilion
  4. Teh Hong Piow – AS$5.6 bilion
  5. Quek Leng Chan – AS$4.8 bilion
  6. Lee Shin Cheng – AS$4.5 bilion
  7. Yeoh Tiong Lay – aS$2.8 bilion
  8. Syed Mokhtar AlBukhary – AS$2.75 bilion
  9. Tiong Hiew King – AS$1.8 bilion
  10. Vincent Tan – AS$1.3 bilion
  11. Tan Heng Chew – AS$1.2 bilion
  12. Shahril & Shahriman Shamsuddin – AS$1.05 bilion
  13. Chen Lip Keong – AS$1.01 bilion
  14. Lee Oi Hian & Lee Hau Hian – AS$1 bilion
  15. Mokhzani Mahathir – AS$980 juta

Senarai penuh boleh dilihat di www.forbes.com/malaysia.


1 Response

  1. abu aar says:

    Klau bukan sbb arak n judi xde makna nye diowg bole nk dpt ranking 1-10 n yes.. rasuah bagai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *