Senarai 20 Orang Terkaya Di Malaysia 2012 Diumumkan

Robert Kuok mengekalkan kedudukannya sebagai orang Malaysia paling kaya, dengan aset bernilai RM45.7 bilion, walaupun kekayaannya susut 8.0 peratus, diikuti T Ananda Krishnan dari Usaha Tegas dan Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank.

Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation Bhd mengekalkan kedudukan di tempat keempat manakala usahawan Bumiputera terkaya di Malaysia ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, di tempat kelima, demikian menurut laporan Malaysian Business mengenai 40 rakyat Malaysia paling kaya.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berada pada kedudukan ke-15, dengan aset bernilai RM1.77 bilion.

Malaysian Business berkata aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu adalah berasaskan nilai pegangan mereka dalam syarikat-syarikat senaraian sehingga 20 Jan, 2012.

Ananda merapatkan jurang dengan Kuok dengan memiliki kekayaan bernilai RM42.99 bilion, namun ia turun kira-kira 6.0 peratus tahun ini berbanding 2011.

Teh secara relatifnya mengekalkan kekayaannya berjumlah RM12.64 bilion, susut satu peratus berbanding sebelumnya.

Syed Mokhtar bumiputera terkaya 

Walaupun kekayaannya merosot 10.8 peratus kepada RM11.36 bilion, Lee (IOI Corp) mengekalkan kedudukan di tempat keempat manakala Syed Mokhtar dari Yayasan Albukhary, dengan syarikat utamanya DRB-Hicom Group, menambah kekayaannya sebanyak 8.0 peratus kepada RM9.53 bilion.

Penerbitan itu melaporkan gabungan aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu  merosot tahun ini akibat krisis kredit dunia serta pasaran ekuiti yang lemah.

Nilai aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu secara kolektifnya berjumlah RM193.2 bilion sehingga 20 Jan, susut 7.0 peratus berbanding RM206.37 bilion setahun lepas, lapor Malaysian Business dalam terbitan 16 Feb.

Bagaimanapun tahun ini terdapat penambahan tiga jutawan berbanding 27 pada 2011.

Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong Malaysia tidak berubah di tempat keenam, dengan aset merosot 25 peratus kepada RM8 bilion.

Tiga jutawan baru dalam senarai 

Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) turun dua anak tangga kepada tempat ketujuh dengan kekayaan bernilai RM7.58 bilion, susut kira -kira 30 peratus.

Ibunya Puan Sri Lee Kim Hua, kembali ke tangga kelapan dengan harta dianggarkan bernilai RM6.58 bilion, merosot 11 peratus.

Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dan jutawan yang menetap di Singapura, Ong Beng Seng, masing-masing mengekalkan kedudukan di tempat kesembilan dan 10.

Aset Tiong dianggarkan bernilai RM6.41 bilion manakala Ong menokok 23 peratus kepada RM4.92 bilion.

Tiga jutawan baru yang menyertai senarai 40 orang paling kaya itu ialah Datuk AK Nathan dari Eversendai Corporation Bhd dan Ngau Boon Keat (Dialog Group Bhd), yang pertama kali tersenarai, manakala Datuk Abdul Hamed Sepawi (Ta Ann Holdings Bhd) kembali selepas empat tahun.

Senarai penuh 40 jutawan dan maklumat mengenai kekayaan mereka dimuatkan dalam majalah itu. Ia juga menyiarkan senarai 10 jutawan paling kaya di Pasaran Ace.

Berikut ialah senarai lengkap 20 orang paling kaya di Malaysia pada 2012 (sehingga 20 Jan, 2012):

Bil.
Nama

Kekayaan (RM Billion)

Syarikat
1.
Robert Kuok Hock Nien
45.700
Kerry Group/Kuok Group
2.
T Ananda Krishnan
42.998
Usaha Tegas
3.
Tan Sri Teh Hong Piow
12.642
Public Bank
4.
Tan Sri Lee Shin Cheng
11.356
IOI Group
5.
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
9.530
Albukhary Foundation
6.
Tan Sri Quek Leng Chan
8.002
Hong Leong Malaysia
7.
Tan Sri Lim Kok Thay
7.585
Genting Group
8.
Puan Sri Lee Kim Hua
6.588
Genting Group
9.
Tan Sri Tiong Hiew King
6.411
Rimbunan Hijau
10.
Ong Beng Seng
4.919
Hotel Properties Ltd
11.
3.470
Arab-Malaysian Corp
12.
Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun
2.541
Berjaya Group
13.
1.937
Kencana Petroleum
14.
Datuk Lee Yeow Chor
1.787
IOI Group
15.
1.772
AirAsia
16.
Lee Yeow Seng
1.746
IOI Group
17.
Tan Sri Lau Cho Kun
1.721
Hap Seng Consolidated
18.
Tan Sri Yeoh Tiong Lay
1.711
YTL Group
19.
Tan Sri Lee Oi Hian
1.589
Batu Kawan
20.
Datuk Lee Hau Hian
1.586
Batu Kawan

Harap-harap makin bertambah bilangan bumiputra untuk menjadi 20 terkaya di Malaysia.

Sumber : FreeMalaysiaToday.com


2 Responses

  1. Diharapkan lepas ni lebih ramai golongan bumiputera akan tersenarai.. InsyaAllah 😀

  2. jaymiee says:

    orang melayu kena berganding bahu….jangan ada sifat dengki sesama sendiri..in shaa allah berjaya dunia akhirat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *