Senarai Terkini Sekolah Dibuka Semula Esok 25 Jun 2013

terkini

Sekolah yang berada dikawasan jerebu yang tidak berbahaya boleh beroperasi seperti biasa. Apapun, berikut adalah makluman penting untuk anda.

Ibu bapa dibenar tidak menghantar anak ke sekolah Jika Jerebu

Ibu bapa dibenar tidak menghantar anak-anak ke sekolah jika bimbang kesihatan mereka berikutan jerebu yang melanda sekarang, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bagaimanapun, pihak sekolah hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu.

Senarai Terkini Sekolah Dibuka Semula Esok 25 Jun 2013 (Kemaskini)

Sekolah Di Melaka: Semua sekolah di Melaka yang ditutup hari ini akibat jerebu diarah buka semula seperti biasa esok – Ketua Menteri Melaka

Sekolah Di Kuantan: sekolah di Kuantan yang ditutup hari ini akibat jerebu akan dibuka semula seperti biasa mulai esok, kata Pemangku Pengarah Pendidikan Pahang, Rosdi Ismail.

Sekolah Di Port Dickson: Semua sekolah di Port Dickson, Negeri Sembilan dibuka semula esok – Pengarah Pendidikan Negeri

Lain-lain Sekolah: Sekolah berada dikawasan Jerebu tahap sihat dan dibawah IPU 250 akan dibuka seperti biasa.

Selangor Dan Kuala Lumpur (update): Semua sekolah di KL dan Selangor kecuali di Pelabuhan Klang akan dibuka semula esok – TKP Pendidikan

Senarai Sekolah Ditutup Esok 25 Jun 2013

Sekolah di Kawasan Perlabuhan Klang sahaja ditutup esok kerana mencatat IPU 319 setakat 5 Petang tadi.

Nota: Pengumuman terkini dari Pengarah Pendidikan. Semua sekolah yang terletak di kawasan IPU kurang daripada 250 perlu dibuka semula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *