Seram Penampakan Hantu Dalam Trak Bomba

hantu bomba

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu peribadi, Rozaidi Ahmad, 42, terkejut dengankemunculan imej misteri di dalam gambar yang dirakamnya semasamengunjungi Hari Bomba Malaysia di Dataran Merdeka di sini baru-baru ini.

Menurutnya,imej tersebut yang menyerupai seorang wanita berambut panjang dikesan pada gambar yang dirakam menggunakan kamera digital pada 7 Mei lalu.

Kamisekeluarga menyedari imej pelik berkenaan dua hari selepas itu semasa anak sulung saya memasukkan gambar-gambar daripada kamera ke komputer riba.Kamiterkejut apabila ada imej lain yang menyerupai seorang wanita berambut panjang di dalam jentera bomba,ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *