Sham Kamikaze Bahagia Dengan Isteri Baru, Bakal Timang Anak

a1

Okay. Bukanlah isteri baru kerana mereka sudah bernikah sejak Sham Kamikaze masih bersama dengan isterinya yang terdahulu sebelum berpisah secara sah pada September 2012 yang lalu.

Menariknya ketika khabar mengatakan beliau sudah berkahwin lain, Sham Kamikaze menafikan perkara ini selain melahirkan rasa kecewa kerana dirinya masih dilanda gossip sebegitu walaupun sudah tidak terlibat dengan dunia hiburan.

Apa pun, itu semua cerita lama. Setahun sudah berlalu dan mereka di forum Cari ada kongsikan beberapa keping gambar yang menunjukkan Sham Kamikaze kini sedang berbahagia dengan isteri dan juga keluarga barunya.

Khabarnya juga, pasangan ini sedang menantikan kelahiran anak pertama mereka yang dijangka tidak lama lagi. Tahniah buat Sham Kamikaze & Nurul Halimin sekeluarga atas berita ini. Jika anda peduli, berikut beberapa keping gambar terbaru mereka.

a5

a2

a3

a4


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *