Sheang Tsung gagal pikat Kim Swee

Pemain Kelab Shanghai Shenhua warganegara Malaysia Tam Cheang TsPENGENDALI Harimau Muda A, Ong Kim Swee menyifatkan pemain muda kelab China, Tam Sheang Tsung masih belum bersedia untuk menggalas tugas bersama skuad bawah 23 tahun (B-23) negara.

Menurut Kim Swee, pemain berusia 18 tahun itu yang beraksi dalam Liga Super China dilihat kurang menyerlah ketika turun buat kali pertama dengan Harimau Muda A pada satu perlawanan persahabatan di padang Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam.

Pengendali kelahiran Melaka itu memberitahu, faktor usia antara salah satu punca mengapa Sheang Tsung belum bersedia untuk menyarung jersi skuad Harimau Muda A.

“Tujuan utama kita pada aksi persahabatan ini adalah untuk menilai tahap kecergasan pemain dan pada masa yang sama menilai keupayaan Sheang Tsung yang mewakili kelab Shanghai Shenhua dalam Liga Super China.

“Apa yang kita dapat lihat, dia masih memerlukan banyak lagi masa untuk meningkatkan kemampuannya walaupun saya tahu dia baru tiba di ibu negara kelmarin.

“Saya fikir, pemain-pemain lebih menyerlah sama ada dari segi kepantasan dan teknik.

“Jadi, saya sarankan agar Sheang Tsung diserapkan dalam skuad yang lebih muda dan bukan dengan Harimau Muda A.

“Selain faktor usia, dia juga memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di sini.

“Sheang Tsung akan berlatih dengan kita hingga 22 Januari ini sebelum kami bertolak ke Australia nanti.

“Saya harap selepas ini dia dapat memanfaatkan peluang yang diberikan sebaik mungkin,” katanya semalam.

Pada masa yang sama, Kim Swee juga berharap agar segelintir pihak tidak tersilap tafsir terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang didakwa gagal memberikan pemantauan ke atas pemain kelahiran negara yang beraksi bersama pasukan luar.

“Kita tidak melupakan pemain-pemain ini atau tiada sebarang pemantauan tetapi jika mereka menunjukkan prestasi yang memberangsangkan, kita akan panggil mereka untuk menyertai latihan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Sheang Tsung yang kedua-dua ibu bapanya berasal dari Kedah dan menetap di Jepun, gagal menyembunyikan perasaan kecewanya selepas mempamerkan persembahan hambar pada aksi persahabatan semalam.

“Sejujurnya, saya amat kecewa dan malu dengan prestasi saya sendiri,” katanya.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *