Shoutbox masih relevan bagi orang yang tidak lupa diri

Assalamualaikum semua . Soalan aku kepada semua blogger ialah kenapa kita patut buang shoutbox ? Sebab blog kita dah mencanak naik ? Sebab blog kita dah ada pembaca tetap ? Sebab blog aku dah hebat buat apa nak ada shoutbox lagi ?

Huhu . Aku rasa semua blog masa mula – mula berblogging letakkan shoutbox di blognya . Tapi kenapa bila dah popular sikit dah lupa diri ? Dulu pun blog lu naik dari blogwalking guna shoutbox juga kan? Ada ke blog yang popular tanpa menggunakan shoutbox masa mula – mula dia berblogging ? Itu je . Aku rasa semua menggunakan shoutbox .
Lagi satu , adakah korang tak nak jejak – jejak pembaca yang melawat blog korang ? Korang tak hargai orang yang melawat blog korang ? Dah lah korang blogwalking , lepas tu tak ada pulak shoutbox (sesetengah je) . Hargai lah orang yang melawat blog korang tu , letak shoutbox dah cukup . Tak visit balik pun tak apa janji letak shoutbox sudah memuaskan hati untuk orang yang melawat blog korang tu . Aku kalau blog tak ada shoutbox ni sirius aku tekan pangkah je (tengok keadaan kalau entri tu best aku tinggalkan komen dlu ) . Walaupun blog dia power ka tak power ka , aku heran apa . Setakat ni tak ada blog yang betul – betul aku tunggu setiap entri dia .

Dulu – dulu korang pun guna shoutbox suruh orang melawat blog korang . Kalau tak ada shoutbox macam mana blog korang nak popular sekelip mata betul tak ? Takkan kacang dan lupakan kulit?

Ini pulak tentang shoutbox yang kena tulis verification code . Korang ingat kena tulis tu tak ada spammer ? Benda macam ni buat orang malas nak tinggalkan jejak ada lah . Lama kelamaan orang tengok je nama blog korang orang akan pangkah (macam aku ) . Aku pangkah je blog – blog macam ni .Sori kalau ada yang terasa tapi aku rasa letakk spammer code ni memang tak patut la . Lagipun macam korang tak boleh pegi kat setting shoutbox dan ban ip spammer ? Macam tak bole delete kan mesej tu ?

Alasan orang tak nak letak SHOUTBOX

1. Aku tak nak semakkan blog aku lah (ini alasan lapok je ni ) . Kan ada shoutbox yang jenis slide ? Cuba tengok blog aku ni , aku pun tak nak kasi semak so aku just letak shoutbox jenis slide untuk memudahkan lagi dan mengemaskan blog aku .

Kesimpulannya , kebanyakkan orang sudah berlagak , ini pandangan aku je . Tak tahu la kalau pandangan korang macam lain kan , lagipun kalau kena spam boleh je ban ip dia . So benda boleh selesaikan , jadi tak payah nak buang shoutbox . Lagipun kalau entri korang tu tidak mempunyai point untuk aku komen so aku just tulis kat shoutbox je . Kepada yang rasa hebat tu , letaklah balik shoutbox tu . Sebab semua blogger bermula dari bawah kan ?

Aku tertarik dengan komen yang aku baca dari satu blog , tajuk entri itu adalah shoutbox sudah tidak lagi relevan . Komen ini ditulis oleh Lazzac.com .

bagi aku, shoutmix ni berguna sbb aku dulu wkt bermula dr bawah, shoutmix ni la yg byk membantu… lain2 la lahir2 aku mmg dah pandai, dah ada byk traffic, mmg shoutmix ni pandang sebelah mata pun tak nak… tapi tu la, lain org lain pendapat… bg aku, blogger otai yg berkata shoutmix ni dah tak releven ni sangatlah lucu.. sbb apa..? sbb mereka juga bermula dari bawah.. mereka juga bermula dari bawah.. cuma sbb dia mmg tak dpt dipisahkan perangai ‘org kita’… habis madu sepah dibuang.. tak kenang budi bahasa kampung dia.. kalau bukan shoutmix aka shout yg lain2 tu, mereka juga takkan dikenali… kalau nak mengharapkan entri yg power tertarik de bomh sahaja, susah la.. bukan semua org bijak mcm dorang, bukan semua org mampu tarik peminat mcm dorang, bukan semua org mampu buat entri yg menarik mcm dorang.. benda ni akan berbalik pada perumpamaan ukur baju di badan sendiri… bila kita dah gah, dah besar, dah punya traffic, dah punya peminat, leh la kita ckp tak relevan, hakikatnya kita bermula dari mana..? (dr shoutmix jgak) jd kepada blogger yg cakap tak relevan tu, fikir2 kan lah… pesan 2 sen dr lazaac, jgn ckp tak relevan.. kalau kurang relevan lagi mungkin boleh diterima lagi kowt..who knows?

Komen seorang yang tidak lupa diri 

salam Jai..

apa yang anda katakan dalam

entri ni semuanya saya setuju..

saya pernah juga buang SB sehari

dua..sunyinya traffik..baru saya

tahu blog saya belum boleh

berdiri sendiri tanpa SB..

Aku amat setuju apa yang dia katakan , semua orang bermula dari bawah . Jadi apa komen anda tentang benda ni ? Adakah korang setuju dengan aku atau sebaliknya ? Komen di bawah ~ sebelum tu aku ada pinjam gambar kat atas tu dari SyedGraphix . Pinjam sekejap ye!


38 Responses

  1. SyedGraphiX says:

    1st .. lagi2 kisah shoutbox. hehee

  2. cik Ladies says:

    sy rse shoutbox utk sy mcm da tak de pe2 fungsi , slalunye org tinggalkan jejak kat komen je .. kat shoutbox dyorg tak usik pun .. tu yg sy buang .. bru 2ari buang .. ad blogger chat room sy oke la .. 🙂

  3. Kodet says:

    @cik Ladies , oo…. mungkin cik ladies letak shoutbox di tmpat tersembunyi… itu yang menyebabkan orang tak tinggalkan jejak…

  4. ►AdamXis◄ says:

    As salam kodet…

    perrrggghhh sampai hati pangkah jer blog ku yg tak pernah pkai shoutbox or shoutmix…hu3.takpe…masing2 ade alasan sendiri…kan?kan?…i like you laa kodet…honestguyz (^^,)

  5. Kodet says:

    @Adamxis , tengok pada entri juga . kalau aku le mendapat info – info aku tak je klik pangkah…lepas tu aku klik la pangkah… atau sblum tu tinggalkan komen

  6. woot-woot says:

    shoutmix wajib untuk new blog ..full stop ! 🙂

  7. intan suraya says:

    intan mmg suke pd cb intan..
    rasa mcm sunyi je bila xde org tggl jejak kt cb..
    so, rajin2 la tggk something kt situ ye..
    tp kalo nk tggl komen lg la bgs..hehe

  8. Kodet says:

    @intan suraya , bagus intan letak…letak shoutbox slider is the best ~

  9. cik Ladies says:

    tersorok ? punye la besar .. tp follower sy semua mmg pmalas nk bukak shoutbox terapun tu ..

    ;p

  10. eQuRlz says:

    eqa mmg dr mula2 buat blog mmg da taruk cbox tu..n xpnh buang2 pun..
    sbb bila eqa bka blog eqa..1st skali eqa usha org yg tinggalkan jejak kt cbox eqa..then bru usha komen kt en3 🙂

  11. Kodet says:

    @cik ladies , mungkin sebab diorang silent reader kot , dan bukan blogger…

  12. THE LEKAT LEKIT STORY says:

    sy brmula dr bwh & msh di bawah.. so widget msh membantu

  13. Kodet says:

    @lekat lekit , nnti bila da berjaya jgn la buang shoutbox ni…

  14. hamzah ian says:

    masing2 ada pendapat sendiri..

  15. eszol says:

    pape la

    both model being proposed is much as same

  16. Muhammad Burn says:

    mana shoutbox lu, bro…

  17. Nabilah Liyana says:

    nbila stuju

  18. Kodet says:

    @muhammad burn , kt belah kanan yg warna hijau tu la…tkn je nnti dia slide…

  19. Tuan Penasihat says:

    salam kodet.
    Bagi TP box sembang di blog tu semua macam handfon.
    kira jejak kat situ macam sms ler.
    tak berseri kalau takder. TP jugak ada buat satu entri
    mengenai cara terbaik kita nak berBR dengan box2 ni.
    singgah la baca kalau rajin. TQ.

    http://sayasalahka.blogspot.com/2011/01/mari-tukar-cara-blog-walking-di-kotak.html

  20. Abdul Farique says:

    bagi aku tanpa shoutbox aku akan rasa tak senang . Ye la aku tak tahu blog mana melawat aku dan blog mana yang follow aku .. Dulu blog aku pun tanpa shoutbox selama 6 bulan , followers baru 7 je . sekarang dah ada shoutbox dan lain2 , kehidupan blog aku mula bahagia . Jadi , Shoutbox itu dah menjadi sebahagian dari keluarga blog aku 🙂

  21. Dauspozi says:

    Blog aku takde shoutbox… tp aku x cakap shoutbox tu x relevan dah.. Ada sebab2 aku tak pasang..

    ♦ supaya pelawat jadi pembaca…
    ♦ tak payah nak risau pasal blogwalking palsu…
    ♦ pelawat lebih menghargai entry yg kita tulis…
    ♦ no spam!

    Byk lg sebab2 kott..

  22. Yiedpozi says:

    Yied pernah buang shoutbox. Pastu ramai yang komplen. Senang citer, Yied buat page khas untuk meninggalkan jejak. Ok la kan daripada buang shoutbox. Betul tak?

    TEMPAH HEADER HANYA RM5 DI SINI

    Jangan lupa join 'Contest Review Blog Yiedpozi.info'

  23. AMiRU says:

    Couldn't agree more, kalau nak buang shoutbox pun xperlu lah bagi alasan yang shoutbox dah xrelevan.

  24. cikgu ct says:

    KODET SY MMG SUKA GUNA SHOUT BOX SBB SENANG NAK TINGGALKAN PESANAN. TAK USAH LA LUPA DIRI WALAU SEHEBAT MANA PUN KITA INGATLAH REZEKI TU DR ALLAH. SEMUA YG DIANUGERAHKAN INI DRNYA. BUAT APA KITA NK BERLAGAK SOMBONG WLUPUN TRAFIK NAIK MELAMBUNG.

  25. mijae says:

    aku tak letak shoutbox tapi aku okay!

  26. Kodet says:

    aku yg stuju …. kebanyakkan setuju … = pndangan org x berbeza…

  27. Firdaus Alim says:

    sgat2 setuju

  28. Mr. TN_SkY says:

    ahaha..Kodet..nice entry..SkY bru nk buat psl nie..sO ko xbuat..SkY refer kt ko je la eh..nice2..neway memang betul ckp senior blogging..tapi diorang kena paham..newbies cam SKY msih prlukan shoutbox..ebagai cara brmesra dgn plwt..yg spam n auto BW tuu, kita kena pandai2 kawal mereka..30 percent traffic SkY dri shoutbox ni 🙂

    ha..kodet.:-) Ur link SkY tak msukkan dlm link exchange taw.. 🙂 sebab blog ko memang dah dlm TOP BLOGLIST SKY ahaha..tapi xpe..reward yg len ade k sebab ko komen kasi idea ritu ye..:-) thanks..Komen ko sangat membantu budak baru dalam dunia blogging nie =_=…Harap tidak jemu melawat pondok kecil…Dan SkY drop komen here too ye hehe..

    HANYA ORANG GILA JE BERFACEBOOK

  29. Anip™ says:

    aku rasa shoutbox tu penting, tapi~ kadang2 tu orang salah gunekan tu yg x best tu. huhu. tp ak masih setia dengan shoutbox,hehehe. aku rse byk tuan blog akan tekan pangkah apabila x nmpk shoutbox, sbb tu pnting diorng nk tinggl jejak.

    BLOG GEMPAKZ SIOT

  30. Syafiq Rosli says:

    huhu..terpulang pada blogger tuh lah..:)

  31. Siti Safiyyah says:

    betul gak tu..tapi bukan pasal lupa diri lah kodet..aku rase shoutbox banyak datang keburukan dari kebaikan kot. entah aku pon kadang2 tak terlayan gak shoutbox tu.

  32. Pendekar Berkuda says:

    sampai bila2 pun shoutbox tetap relevan… contohi blogger terkaya di malaysia.. kennysia.com.

    blog dia pun ada shoutmix apa…

    so…jangan nak banyak cakap..otai konon… adesh~!

  33. chooz says:

    bagi aku penting gak shoutbox nie…
    utk guest2 kita nak tggalkan mesej…

  34. miss epa says:

    traffic blog sy bnyk dri shoutbox.so sy sgt syg shoutbox.hee 🙂

  35. touya says:

    1.Ban IP memang susah sebab kita guna dinamik Ip
    2. Setengah blogger ramai yang masuk tapi dia tak sempat nak balas . Kadang-kadang ada blogger lain tanya hal-hal penting di shoutbox tapi tak di balas so kena cop sombong .
    3.Shoutbox memberatkan blog dan jangan tanya aku pasal hal nie . Aku pun tak faham .
    4. Blogger tak pandang trafik dan tak pandang pun siapa yang datang blog dia sekadar nak tinggal jejak . Dia nak orang baca entry dia bukan sekdar tinggal jejak .
    5.Auto blogwalking … everyone just hate it .
    6.Memang tak tahu shoutbox tu apa .

  36. iEra NaDiRa says:

    Ada masalah la.. sebenarnya di blog saya tu ada shoutbox ke tak? =__="
    Saya guna ajax shoutbox. Saya dah betulkan kod banyak kali, tapi bila save dan preview, takde pun shoutboxnye. Disebabkan masalah ni, saya letaklah slide shoutbox. Pun tak kuar jugak si shoutbox tu. T__T

    Tapi bila check dekat akaun shoutmix, ade je blogger yg baru saja meninggalkan jejak.

    Adeh poning eden camni.. =____="

  37. Kujie says:

    saya lupa diri….oh Tuhan…Ya Allah ampunkan diri ini.

  38. yusri says:

    aku tak letak shoutbox sebab kadang tak balas kunjungan kesian kat orang yang masuk blog aku tu..rasa nak letak balik sebab rasa menyesal kurang visitor…

    tapi kalau popular gila babi jgan la kata shoutbox tak relevan.. diam sudah la nanti di salah tafsir…mungkin sebab dia tak perlu lagi nak bw sebab ramai orang dah follow dia…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *