Siapakah Jurulatih Baru Pasukan Chelsea 2011/2012 ?

Chelsea telahpun berjaya mendapatkan bekas jurulatih sensasi Porto, Andre Villas-Boas sebagai jurulatih @ pengurus Chelsea yang baru untuk musim 2011/2012 mengantikan Carlo Ancelotti yang dipecat.
Chelsea menandatangani Andre Villas-Boas dengan kontrak selama 3 tahun. Kontrak jurulatih berusia 33 tahun bersama Porto tamat sebaik sahaja Chelsea mengeluarkan deposit 15 juta euro (RM65.3 juta) bagi bayaran klausa pelepasannya.
Untuk rekod, Villas Boas pernah menjadi penolong dan jurulatih Chelsea di bawah Jose Mourinho pada 2004 hingga 2007 kemudian menyertai Porto sebagai ketua jurulatih Jun 2010 dan membawa Porto memenangi kejuaraan treble iaitu Liga Portugal, Piala Portugal dan Liga Europa.
Villas-Boas di jangka membawa 2 bekas pemain utamanya di Porto iaitu Falcao (£26.5m) dan Joao Moutinho (£35.5m) ke Chelsea. Ini membuatkan masa depan Didier Drogba sebagai penyerang Chelsea semakin samar.
Ada yang kata dia ni mewarisi kehebatan bekas sifunya, Jose Mourinho. Adakah Andre Villas Boas ini mampu memberi impak kepada Chelsea? Mampukah beliau menjuarai Liga Juara-Juara Eropah seperti yang di idamkan oleh pemilik Chelsea Roman Abramovic? Sama-samalah kita tunggu…

Velasrizal Rodriguez


3 Responses

  1. titan says:

    hoho..kita tunggu dan lihat aje dulu..

  2. al-alvendari says:

    salam. saya tak pandai main bola. tapi anak saya suka sangat.

    terima kasih kerana menyenaraikan nama saya semula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *