Siapakah Maddi Jane?

 

Mungkin ramai yang tertanya siapakah Maddi Jane ini? Berapakah umur Maddi Jane?  Tak banyak info tentang Maddi Jane yang kita boleh dapat di Google atau enjin carian yang lain.

Ianya bermula apabila pertama kali mendengar suara Maddi Jane di Youtube membuat aku jatuh cinta dengan kecomelannya  kemerduan suaranya. Walaupun dia masih muda tetapi bukan senang untuk menyanyi lagu nada tinggi seperti lagu Rolling in The Deep oleh Adele.

Dengarlah kemerduan suaranya . Pasti anda akan tergiang – ngiang dengan suaranya setiap hari. Walaupun Maddi Jane hanya menyanyi lagu – lagu artis lain (cover) tetapi bakatnya tidak dapat dipertikaikan. Mungkin suatu hari nanti Maddi Jane akan mencipta lagunya sendiri dan melepaskan album solonya.

Sedikit informasi tentang Maddi Jane:

Nama : Maddi Jane
Umur : 12 ( pada tahun ini 2011)
Asal : Chicago, IL
Tumblr Maddi Jane - http://maddijanemusic.tumblr.com/
Laman Web - www.maddijane.com

Sejak tamat PMR , rasanya dah 200 kali aku memainkan lagu yang sama iaitu Price Tag – lagu asal oleh Jessie J dan lagu ini bertambah indah apabila Maddi Jane nyanyi. Kalau tak sebab Maddi Jane menyanyi , mungkin lagu ni aku tak pernah nak ambik tahu setakat pernah dengar di radio.

Cuba lihat pada minit 1.06 – 1.10 . Mesti anda tak tahan tengok kecomelan Maddi Jane pada minit tersebut. Tak sabar nak tunggu lagu cover baru Maddi Jane. Harap – harap lepas ni dia terimalah mesej aku agar menyanyi lagu My Heart Will Go On oleh Celine Dion.

PS : Maddi Jane is mine ! Haha

 

Carian Google


5 Responses

  1. azrijohan says:

    Maddi Jane terbaik:DD

  2. Arya Putra says:

    Cantik, comel, dan suara yang sedap..
    nama macam heroin filem spiderman, marry jane..hehe..

  3. Norasikin says:

    maddi jane ni memang sempurna sebagai penyanyi. Suka betul tgok dia dlm rancangan ellen. Senyap2 say dah minat dia.

  4. ohcikgu says:

    setuju. dia comel. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

\