Solat Hari Raya Aidilfitri

Solat Sunat Hari Raya merupakan antara solat sunat yang dilakukan pada Hari raya Aidilitri atau Hari Raya Aidiladha. Ia mula disyariatkan pada tahun pertama hijrah.

HUKUM MENGERJAKAN

Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha hukumnya adalah sunat Muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan kerana Rasulullah tetap dengan Solat Hari Raya ini selama baginda hidup.

WAKTU SOLAT

Bagi Solat Aidilfitri diadakan pada 1 Syawal. Manakala Solat Aidil Adha diadakan pada 10 Zulhijjah. Ia dilakukan selepas naiknya matahari dan sebelum tergelincirnya matahari.

KAIFIAT

Cara dan panduan nak solat sunat hari raya,

lafaz dan niat:

Maksud: Sahaja aku sembahyang sunat hari raya aidilfitri 2 rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.

Cara solat:

1. Niat ketika takbiratulihram.

2. Baca doa iftitah

3. Takbir sebanyak 7 kali dan membaca tasbih di antara satu takbir dengan takbir yang lain.

TAkbir dan Tasbih

4. Baca Al Fatihah dan surah

5. Rukuk, iktidal , sujud yang petama , duduk antara 2 sujud, sujud yang kedua dan bangkit dari sujud.

6. Berdiri betul untuk rakaat kedua.

7.Bertakbir sebanyak 5 kali  dan baca tasbih berselang seli dengan takbir.

8. Baca AlFatihah  dan surah.

8. Rukuk, iktidal, sujud , duduk antara dua sujud , sujud kedua dan baca tahyat dan bagi salam.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *