Subhanallah! Al-Quran Tidak Hancur Digilis Bulldozer Israel Laknatullah

keajaiban al quran

Penduduk menunjukkan Al-Quran yang masih lagi berada di dalam keadaan yang baik.

Israel jahanam datang lagi apabila menghancurkan Masjid seawal pagi sewaktu penduduk tempat tersebut hendak solat subuh. Satu keajaiban berlaku di dalam penghancuran Masjid Al-Mafqara oleh tentera Israel di Hebron Selasa, 4 Desember 2012.

Saksi mengatakan pasukan Israel beserta buldoser dan alat berat menyerang desa tersebut sewaktu subuh dan secara paksa mengusir semua orang yang berada di dalam masjid tersebut sewaktu bersiap untuk melakukan solat subuh.

Sebelum ini juga terdapat kisah keajaiban sewaktu perperangan gaza yang di ceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari lepas.

Halnya, dalam penghancuran Masjid itu, terdapat sebuah Kitab Suci Al-Quran yang ditemukan dalam keadaan baik bahkan langsung tidak rosak dan tidak hancur.

[box type=”shadow” align=”aligncenter” ]Padahal, semua benda lain telah pun menjadi lumat, inilah bukti kekuasaan Allah S.W.T.[/box]

keajaiban al quran 2

Seorang lelaki Palestin memegang Al-Qur’an yang terselamat sewaktu ia berjalan melihat kehancuran sebuah masjid yang dihancurkan oleh pasukan Israel di desa al-Mufaqara pada 04 Desember 2012. (Photo: PressTV)

Ketika terjadinya penghancuran Masjid, para penduduk palestin di wilayah itu cuba mempertahankannya. Teriakan takbir bergema dimana-mana dari segi anak-anak, orang muda, mahupun orang tua.

Masjid ini sebelumnya pertama kali dihancurkan pada tahun 2011. Israel sendiri sudah mengeluarkan perintah pembongkaran pada tahun 2003.

Radio Israel mengatakan masjid itu dibangun tanpa izin. Namun, warga al-Mafqara mengatakan penghancuran tersebut merupakan sebahagian dari rencana Israel yang lebih besar untuk memperluas permukiman Yahudi di wilayah Palestin yang diduduki.

Pada bulan Jun tahun ini, penduduk desa dan aktiviti internasional mencuba untuk membina semula masjid ini, tetapi dihalang oleh pasukan tentera Israel.

Pemerintah Israel akan membuat zon latihan tentera di wilayah ini bersama dengan tujuh wilayah lainnya.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *