Subhanallah, Emma Maembong Serius Mahu Berhijrah

emma maembong bertudung

Kelibat Emma Maembong dengan imej bertudung di program hiburan TV MeleTOP sebelum ini telah mengundang persoalan di kalangan peminatnya sama ada beliau telah berhijrah ke penampilan yang lebih Islamik.

“Memang sudah lama saya tanam niat, tapi niat saja kalau tak buat tak guna juga. Sekarang saya dalam proses belajar-belajar untuk bertudung penuh. Tapi kena perlahan-lahanlah,” ujar Emma Maembong kepada Harian Metro hari ini.

Ditambah lagi dengan penampilan terkini Emma Maembong di Instagram yang kerap memuatnaik gambar pelakon ini manis mengenakan hijab.

Menurut beliau lagi dek kerana sering mengenakan tudung untuk menjayakan watak dalam drama bersiri Projek Memikat Suami (PMS) dan Yes Boss!, beliau merasa semakin selesa untuk mengenakan tudung lebih kerap.

“Lagipun menutup aurat adalah tuntutan pada setiap wanita Muslim. Sama ada sekarang atau lambat-laun saya tetap akan bertudung juga,” tambahnya lagi.

Emma Maembong Manis Berhijab
Emma Maembong Manis Berhijab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *