Swansea merangkul kejuaraan Capital One

Bradford City v Swansea City - Capital One Cup Final

Swansea akan membuat penampilan dalam perlawanan Eropah selepas sepuluh tahun hasil kemenangan 5-0 atas Bradford.

Selepas mengalahkan tiga pasukan Liga Perdana Barclays dalam perjalanan untuk ke peringkat akhir Piala Capital One, pasukan divisyen dua Bradford dibelasah oleh Swansea.

Nathan Dyer menjaringkan dua gol sementara Michu menjaringkan satu gol. Jonathan de Guzman menambah dua gol lagi dalam kemenangan terbesar dalam sejarah perlawanan peringkat akhir itu – ia juga merupakan trofi pertama bagi Swansea sejak ditubuhkan.

Kemenangan ini bermakna Swansea akan serta Liga Europa musim depan. Bradford pula patut bangga dengan pecapaian terbesar mereka sejak tahun 1911.

Mereka akhirnya tewas selepas mengatasi Wigan, Arsenal dan Aston Villa dalam kejuaraan ini.

Walaupun bersemangat, Bradford mula perlawanan dengan mengejar bola, Swansea menguasai kawalan bola dan menang sepakan penjuru seawal minit pertama.

Swansea gagal mengancam gawang Duke hingga tandukan Ben Davies tersasar.

Bradford terlalu ghairah apabila mendapat peluang pertama untuk melancarkan gerakan serangan dan kesilapan pemain mereka memberi peluang untuk Swansea membalas.

Dyer beri bola kepada Wayne Routledge sebelum Michu melepaskan rembatan yang ditepis keluar oleh Duka – penjaga gol Bradford yang muncul sebagai wira apabila menyelamatkan penalti dalam perlawanan dengan Wigan dan Arsenal.

Malangnya, Dyer tiba pada masa yang tepat dan menyepak masuk bola yang ditepis Duke untuk membuka tirai selepas hanya 16 minit.

Leon Britton sepatutnya menambah satu lagi gol tetapi percubaannya tersasar.

Swansea menjaringkan gol kedua apabila Pablo Hernandez menghantar bola kepada Michu sebelum penyerang Sepanyol itu melepaskan rembatan deras.

Routledge mencipta gol ketiga 15 minit selepas masa rehat apabila memberi hantaran tepat yang disepak masuk oleh Dyer dengan senang.

Dyer kemudian memberi hantaran kepada De Guzman tetapi Duke mengasarinya dan pengadil Kevin Friend terpaksa melayangkan kad merah kepadanya.

Dyer kemudian bertelingkah dengan De Guzman seketika kerana ingin mengambil penalti, walaupun rakan sepasukannya mungkin menjadi pemain pertama dalam sejarah untuk mencatatkan hatrik dalam perlawanan akhir.

Jon McLaughlin menggantikan Nahki Wells dan De Guzman menyempurnakannya dengan senang untuk gol keempat pasukan.

Para penyokong Bradford masih bersorak, malah mereka meraikan sepakan penjuru pertama pada minit ke 83.

De Guzman mengakhiri perlawanan dengan gol keduanya dan Swasea terus meraikan kemenangan besar dalam perlawanan yang tidak boleh dilupakan mereka. Sumber FOX Sport


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *