Syarikat Gardenia Enggan Terima Bayaran Ahmad Said MB Terengganu

Pada 6 Disember lalu, MB Terengganu Ahmad Said telah menggemparkan Malaysia dengan menahan dua buah lori Gardenia dan akan membayar semua roti untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terperangkap di Kuantan.

mat said

Dan hari ini, pihak pengurusan syarikat roti Gardenia enggan menerima bayaran roti yang diagihkan kepada mangsa banjir yang terperangkap pada hari tersebut. Sebaliknya pihak pengurusan syarikat terbabit menganggap roti itu sebagai sumbangan mereka kepada mangsa banjir di negeri itu.

Datuk Seri Ahmad Said melahirkan rasa terharu apabila pihak pengurusan syarikat roti Gardenia enggan menerima bayaran roti tersebut.

“Terima kasih kepada pengurusan Gardenia yang pada hari itu saya membuka lori untuk diagihkan (roti). Asalnya kita berbincang dengan driver, pada awalnya tidak berani tetapi saya cakap dengan pegawai pengurusan dia saya bersetuju untuk membayar harga roti tersebut.

Apabila kita tulis surat untuk mendapatkan invois, pengurus dia kata ini sumbangan mereka untuk mangsa banjir yang terkandas. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada pihak Gardenia,” katanya.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *