Tafsir Mimpi : Melihat Diri Sendiri Bogel Dalam Mimpi

Baru pulang dari kuliah TG Haron Din. Beliau membuka kuliah degan satu pertanyaan. Adakah anda semua pernah bermimpi melihat diri anda berbogel? Semua hadirin tersentak. TG meminta siapa yang pernah bermimpi mengangkat tangan. Tiada seorang pun angkat. TG beristighfar. TG menyambung dgn satu kisah di mana kisah itu diambil dari majalah arab. Dalam majalah itu menceritakan satu wawancara dengan Imam Masjidil Haram Sheikh Sudais. Dalam wawancara itu, ada sesi soal jawab melalui telefon. Satu panggilan diterima. Pemanggil itu bertanya soalan tentang tafsir mimpi. Sheikh kata beliau tak pandai ilmu tafsir mimpi, tapi hanya sebahagian sahaja beliau tahu.

Pemanggil itu menceritakan mimpinya, dalam mimpinya dia melihat seorang lelaki sedang bertawaf dalam keadaan bogel tanpa ada perasaan malu.

Sheikh menjawab : Masyaallah..masyaallah… Tafsir mimpi ini saya tahu, orang itu mendapat keampunan dari Allah dan segala amalan dia diterima. Umpama anak yg baru dilahirkan tanpa sebarang dosa.

Pemanggil itu bertanya: Bolehkah saya menceritakan khabar baik ini kepada lelaki yang saya nampak beliau dalam mimpi saya?

Sheikh menjawab: Menjadi satu kewajipan anda memberi khabar gembira ini kepada lelaki itu.

Lantas pemanggil itu berkata: Lelaki itu adalah Tuan Sheikh sendiri.

Sheikh Sudais terkejut dan menangis sehingga program wawancara tersebut terpaksa dibatalkan..

Alangkah ruginya kita dan alangkah beruntungnya manusia itu..

Mendapat keampunan dari Allah dan segala amalan diterima..

Sedang amalan kita..termasuk perjuangan kita ini banyak bercampur dengan dosa, malas, banyak alasan dan bermacam lagi..

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *