Tak boleh ke tiru gaya orang lain?

Betul ke kita tak boleh tiru gaya orang lain ? Aku macam tak setuju dengan ayat ni . Guna cara sendiri boleh berjaya ke? Takkan langsung tak boleh tiru gaya orang lain?

Bila berblog jangan ikut gaya orang…selesalah dengan gaya sendiri. Dari situ insyaallah kamu akan bertahan lama. Jika lingkup pun mengambil masa agak lama untuk bertahan berbanding berblog mengikut gaya orang. 🙂

Kalau aku tak ikut gaya orang lain , mungkin blog aku tak jadi macam ni . Contoh kalau seorang gaya blogger hebat akan post entri sekurang – kurangnya seminggu satu hingga 3 entri . Tapi aku ni jenis pemalas nak tulis , kalau aku tak ikut gaya dia mungkin blog aku sekarang macam sarang labah – labah .

Kalau aku tak ikut gaya orang lain tulis entri , tak mungkin entri aku ada perenggan . Mesti tunggang – langgang aku tulis kalau tak ikut gaya blogger lain .

Dari tadi asyik blog , kita tengok dari segi kehidupan . Contoh abang aku ni seorang yang pemurah , tapi aku ni kedekut . Tak boleh ke aku nak tiru gaya dia walaupun aku tak selesa dengan cara pemurah ni ?

Apa pandangan anda ? Jadi betul ke tak boleh nak tiru gaya orang lain ni ? Lihat dari aspek . Kalau baik kita ikut , kalau tak baik kita tapis .


6 Responses

  1. conbellydiobeterisme says:

    kalau ikut stail kite lagi bagus ,hak cipta terpelihara ,x de masalah 🙂

  2. gEe says:

    tiru skit2, ambik sbgai ilham atau inspirasi, tkpe kot. klau tiru bulat2. yg tu x ptut. 🙂

  3. Cikgu ct says:

    Bagi CC perlu jg tiru gaya seorg blogger yg berjaya utk memajukan diri. tp cara penulisan punya masing2 la. kalau dia buat baik kita kena buat lebih baik…

  4. woot woot says:

    amek yang baik buang yang buruk..settle ^^

  5. Nurul Syuhada Bt Hasri says:

    setuju…baik ikut..jahat buang dlm tong smpah..hehehe

  6. redzuan says:

    hahhaha, betul mcm woot woot ckp,
    kalau sesutuyg kearah positif or kebaikan its ok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *