Tam Sheang Tsung Sertai Harimau Muda A

tam

Tam Sheang Tsung Sertai Harimau Muda A. Tam Sheang Tsung, pemain kelab Liga Super China iaitu Shanghai Shenhua akan menyertai Harimau Muda A pada 18 Januari 2013. Berita ini dipetik dari akaun laman twitter jurulatih skuad Harimau Muda A, Ong Kim Swee.

Menurut Ong Kim Swee lagi, Tam Sheang Tsung merupakan rakyat Malaysia dan layak untuk mewakili Negara dimana-mana kejohanan jika menunjukkan prestasi yang baik.

Tam Sheang Tsung seorang pemain muda yang berumur 18 tahun sedang meningkat naik prestasinya. Mampukah beliau memberi sinar baru untuk skuad Harimau Muda A? Kita tunggu!


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *