TARIKH JELAJAH BARCELONA KE MALAYSIA DIUBAH?

malaysia-vs-barcelona-2013

Nampaknya tarikh berkenaan terpaksa diubah. Ini kerana 10 Ogos 2013 bersamaan 3 Syawal dan perlawanan itu tidak sesuai diadakan kerana umat Islam masih sibuk menyambut Aidilfitri.

Menurut laporan BH Online, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata, pihaknya belum dapat membuat pengesahan mengenai perlawanan berkenaan dan juga tarikhnya memandangkan wakil syarikat yang menguruskan perlawanan itu baru saja menemuinya, pagi semalam. Sebenarnya, apabila berita kehadiran Barcelona ini digembar-gemburkan akhbar tempatan minggu lalu, FAM memang tak dimaklumkan langsung mengenai perlawanan ini.

Cuma jam 9 pagi tadi (semalam) wakil syarikat yang mendakwa mempunyai kontrak dengan Barcelona datang berjumpa saya bagi membincangkan perlawanan ini. Walaupun sudah bertemu, FAM perlu juga buat pengesahan yang wakil syarikat itu benar-benar sahih dan kita perlu lihat dokumentasi kontrak mereka dengan Barcelona. Katanya, FAM telah beri cadangan balas untuk perlawanan diawalkan ke beberapa tarikh lain sepanjang Ramadan.

Barcelona menerusi laman web rasminya, Isnin lalu menyatakan siri jelajah pra-musim Asia mereka bakal bermula dengan perlawanan di Shanghai, China pada 4 Ogos disusuli di Bangkok, Thailand pada 7 Ogos dan berakhir di Kuala Lumpur pada 10 Ogos.

Kalau dah raya ketiga tu memang melampau la kan. Harap dapat ubah ke tarikh lain yang lebih bersesuaian. Perlawanan dengan kelab gergasi seperti Barcelona sudah tentu amat ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak di Malaysia.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *