Tengkorak Berusia Antara 43 – 60,000 Tahun Ditemui

GAMBAR menunjukkan bahagian-bahagian tengkorak yang ditemui di kawasan pergunungan Annamite di Laos.

Tengkorak Berusia Antara 43 – 60,000 Tahun Ditemui – Satu tengkorak yang ditemui di dalam sebuah gua di Laos mungkin merupakan fosil manusia yang paling tua pernah ditemui di Asia Tenggara, menurut satu kajian yang disiarkan kelmarin.

Penemuan itu memperkukuhkan kajian genetik sebelum ini yang mempercayai manusia moden tinggal di kawasan tersebut sejak 60,000 tahun lalu.

Tengkorak itu ditemui pada kedalaman lebih dua meter di gua tersebut pada tahun 2009.

Kajian tentang tengkorak itu disiarkan dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences. – AFP

Tengkorak yang ditemui di kawasan pergunungan Annamite itu dipercayai berusia antara 46,000 hingga 63,000 tahun.

Tengkorak Berusia Antara 43 – 60,000 Tahun Ditemui


1 Response

  1. titan says:

    pehh..lama gila..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *