Terbakar Ketika Menonton Filem Lucah

Terbakar Ketika Menonton Filem Lucah: Seorang lelaki terbakar di dalam sebuah kedai penjualan produk pornografi dan ketika ini berjuang untuk hidup setelah dia menderita luka terbakar tingkat tiga.

Dilapor Herald Sun, Khamis (14/4/2011), Seorang ahli bomba di San Fransisco, Amerika Syarikat (AS), mengatakan tidak tahu apa penyebab kebakaran kerana si lelaki sedang asyik menonton video porno di bilik peribadi di kedai itu ketika kebakaran terjadi.

Si lelaki kemudian berlari keluar dari pintu depan dan tubuhnya ditutupi oleh nyala api dan ditemukan polis yang sedang berdiri di jalan raya. Demikian disampaikan juru bicara polis setempat.

“Ia keluar dari kedai dengan tubuh yang sudah terbakar,” kata Lt. Kevin McNaughton. Petugas pemadam kebakaran nasib baik berada di sekitar lokasi itu dan boleh memadamkan api.


1 Response

  1. titan says:

    itulah. cari lagi pasal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *