Terusan Terkecil Di Dunia

Terusan Kecil Di Dunia – Pernahkah anda melihat terusan kapal besar namun terusan itu kecil sahaja dan muat-muat je dengan kapal besar tu. Tambah pengetahuan anda apabila anda membaca blog Froyoplus.com!

terusan terkecil dunia

terusan terkecil dunia 2

Ada sesetengah orang takut dengan jalan yang sempat dan kecil, bagi anda yang suka boleh lah ke sini. Baru ada rasa macam mencabar diri sendiri, tak semua orang berani okay ?

Corinth Canal yang terletak di Greece merupakan tarikan seni bina yang sangat popular. Ia menghubungkan Teluk Corinth dengan Teluk Saronic di Laut Aegean.

Terusan ini diukir dan dikorek secara terus ke dalam batu. Ia mempunyai kepanjangan sehingga mencecah 4 batu panjang dan hanya 70 kaki lebar pada pangkalannya.

Ini menghadkan banyak kapal moden dari menyeberangi terusan ini. Disebabkan kesempitan itu, terusan ini tidak digunakan secara kerap, tetapi ia adalah sebuah tempat yang sangat baik untuk para pelancong melawat.

Dinding curam dengan air yang jernih menjadi satu daya tarikan yang besar bagi setiap lapisan masyarakat yang berkunjung ke situ.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *