Themes premium atau percuma?

Apabila menjadi seorang blogger, apa yang dia nak mesti nak blog cantik dan kemas. Di sini aku tak nak cakap tentang blogger template kerana ia mudah didapati jika dibandingkan dengan theme wordpress. Aku pernah duduk di depan skrin laptop selama 3 jam semata – mata mencari wordpress themes yang betul – betul sesuai untuk blog aku.

Ada yang sanggup mengeluarkan duit dalam bentuk dollar untuk membeli premium wordpress theme dan ada yang hanya menggunakan free themes. Themes blog aku hanya menggunakan free themes seperti Denaihati.Versionnya agak lama kerana 1.0 rasanya tetapi masih boleh digunakan sehingga kini.

Persoalannya , apakah yang membezakan premium themes dengan free themes?

Free Themes

1. Percuma
2. 2/5 saja yang cantik
3. Setengah themes tidak dapat memadam link di footer dan secara langsung memberi backlink percuma kepada web – web seperti casino dan lain – lain.
4. Mempunyai kod – kod tersembunyi
5. Tak dapat update themes
6. Themes blog kita juga dipakai oleh blog lain

Premium Themes

1. Berbayar
2. Kebanyakkan cantik dan senang dikendalikan
3. Bebas mengedit seluruh themes
4. Tidak mempunyai kod tersembunyi
5. Themes boleh diupdate
6. Hanya yang membeli sahaja yang boleh menggunakan themes ini

Jadi adakah anda seorang yang sanggup mengeluarkan duit untuk membeli premium themes demi kualiti themes atau anda seorang yang berjimat cermat yang hanya menggunakan free themes? Lagipun premium themes bukanlah murah sangat , dalam dollar lagi. Takleh bayangkan kalau premium themes dijual dalam pound sterling , mesti harga sama macam beli henfon.


14 Responses

  1. luqman hakim says:

    haha..ko beli la jugak premium tu…

  2. Mr Rileks says:

    tapi ada jugak free theme yg mudah utk diubahsuai… 🙂
    premium theme mmg mantap sbb kene byr.. pkai theme premium mmg puas hati..

  3. aku mcm xmmpu je nk bli premium themes walaupon byk yg lawa2 huhuh

  4. Emmm…saya rasa sayang lagi dengan theme yang sedang dipakai tu. Dah la free, buatan Malaysia lagi 😉

  5. titan says:

    emm..aku memang nak angkat premium..tapi sayang plak kat theme lama yang dah berjasa kat aku nih..

  6. shah blogger says:

    Apa2 themespon boleh buat kalo kat blogspot 😀 . nak letak footer kat header .. header kat footer pon boleh hahaha (gurau je kodet)..

    Tp link tu xpe kot bg credit. amalan mulia menghargai hasil kerja designer bg percuma weh. Aku sendiri dah buat2 template ni mmg sambung tutup buka mata nak siapkan je. sebab takut lupa takat mana koding. rasanya bgs hargai btl x? bukan byr pon. 1 link kecil je dari penat ngadap pc 😀

    WP themes bnyk best plg aku tertarik thesis. sbb mmg dah setting cun tag2 heading n meta tuk seo 🙂

  7. ohcikgu says:

    pakai yang percuma ajelah..hehe.. jimat.

  8. anjangman says:

    Pernah juga terfikir nak guna premium theme.Bila fikirkan balik mcm tak berbaloi jer sbb byk juga theme percuma yg bagus2 mlh ada yg lebih baik dr premium lagi. asal rajin mencari…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *