Tiket percuma final Piala FA 2013

final-piala-fa-2013-kelantan-vs-johor-darul-takzim

Sebanyak 4,000 tiket perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim akan diberi percuma bermula pada 25 Jun 2013. Pemberian tiket berkenaan dilakukan melalui kerjasama Persatuan Anak-Anak Tanah Merah Di Perantauan (PERTAMA) dan Persatuan Mahasiswa Tanah Merah (PERMATA).

Tiket bagi menyaksikan perlawanan yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada Sabtu ini boleh diperolehi di Perodua Noble Twin (M) Sdn Bhd di Jalan Jelatek, Kuala Lumpur (bersebelahan LRT Jalan Jelatek) mulai pukul 10 pagi hingga 9 malam berdasarkan konsep ‘siapa cepat dia dapat’.

Pemberian tiket itu sebagai penghargaan kepada anak-anak Tanah Merah khususnya penyokong Barisan Nasional (BN) yang memastikan parti itu memenangi kerusi Parlimen tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.


1 Response

  1. Jubah Fesyen says:

    Sapa kata blogger tempatan nie kelas 2 … blog nie jadi contoh ..

    simple, padat, menarik… tahniah 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *