Tips Blogging Terbaik | Bagaimana popularkan blog di mata dunia ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera . Sempena saya tiada idea untuk membuat entri terbaru , saya membuat entri ini sempena Contest Seo yang dianjurkan oleh 2dayblogger yang bertajuk Tips Blogging Terbaik .

Tips saya pada kali ini ialah Tips Blogging Terbaik – Bagaimana popularkan blog di mata dunia ? Sebagai blogger , sudah pasti kita mahu dikenali dan disanjungi oleh orang lain dan menjadi idola kepada blogger – blogger lain .

Untuk mempopularkan blog di mata dunia , kita perlukan kerja keras dan kesabaran . Terdapat pelbagai cara sebenarnya untuk membuatkan blog kita menjadi popular . Walaupun saya belum lagi popular di mata dunia , tetapi saya dikenali oleh blogger – blogger lain . Itu sudah memadai buat saya kerana saya bukanlah artis atau sesiapa untuk menjadi sangat terkenal .

Di sini saya catatkan apa yang penting untuk menjadi terkenal di dalam blogging

Kualiti Entri / Cara menulis entri
Apakah yang saya maksudkan dengan kualiti entri ? Entri yang ditulis mestilah senang dibaca oleh pembaca dengan ayat yang boleh difahami . Ayat yang menarik menambah minat pembaca untuk membacanya sehingga ayat akhir . Pembaca menilai penulis melalui cara penulis menulis entri . Jadi jika menulis entri , janganlah menggunakan kata – kata yang kotor .

Trademark
Untuk membuatkan pembaca mengingati blog kita dalam jangka masa yang lama , kita perlulah membuat satu trademark tersendiri seperti header yang menarik, logo yang menarik atau kata – kata yang tidak pernah diungkapkan oleh blogger lain . Kebanyakkan blogger diingati kerana trademark mereka . Contohnya seperti Denaihati dengan cogan kata blog ” hidup untuk memberi ” dan 2dayblogger “berita semasa dan perkongsian ilmu” . Mereka diingati dengan trademark mereka sendiri.

Template / Themes
Kebanyakkan blogger yang popular atau dikenali , mereka menggunakan template / themes yang sesuai dan friendly seo . Template / themes memberi inspirasi kepada pembaca . Contohnya anda meletakkan background yang gelap dan tulisan anda bewarna warni , sudah pasti ia akan menghilangkan mood pembaca . Apabila backgroundnya hitam dan tulisan bewarna warni , ia akan merosakkan mata dan nampak seperti kanak – kanak yang membaca buku ABC . Yang terbaik ialah menggunakan jangan menggunakan black background dan gunakan font hitam .

Kelainan
Pada tahun 2010/2011 blogger tumbuh seperti cendawan selepas hujan . Terdapat banyak saingan dalam blogging . Kita perlulah mengelak dari saingan dan membuat sesuatu yang belum lagi dibuat oleh blogger lain . Bukan sebab kita takut , tetapi jika kita tidak dapat menyaingi yang lain , semangat kita akan jatuh dan hasil usaha kita selama ini musnah .

Terlalu banyak blog personal , lawak dan lawak . Jika kita mampu , kita boleh bersaing tetapi jika kita tidak mampu ? Jadi kita gunakan alternatif lain . Kita cuba membuat komik jika berkemahiran . Gunakan kemahiran apa yang kita ada . Contohnya seperti Ayeem yang hebat dalam Adobe Flash , dia menggunakan kemahirannya untuk menambah lagi kualiti blognya dan membuatkan pembaca tertarik . Jadi cuba fikir kelainan yang anda mampu buat atau anda terpaksa bersaing dengan blogger – blogger yang hebat di luar sana .

Social Media dan Komuniti
Dengan adanya facebook , ia memudahkan lagi kita untuk menambah trafik dan popularkan blog kita . Gunakan facebook dan twitter untuk menyebarkan entri terbaru di dalam blog kita . Cara yang paling senang ialah dengan add friend sehingga mencecah limit dan share entri terbaru anda dan jika anda mempunyai 4000 kawan , 4000 kawan anda akan nampak apa yang anda sebarkan dan kemungkin 500/4000 itu akan membaca entri terbaru anda .

Komuniti yang saya maksudkan ialah seperti Gengblogger , Apesal , OhBelog dan Iluvblog . Tempat untuk anda ping entri terbaru blog anda . Anda dapat menambah trafik dan perkenalkan blog anda kepada komuniti tersebut .

Contest SEO ini telah dianjurkan oleh Blog 2DayBlogger.Com dengan kerjasama blog upprofits,  lepak dan broframestone. Manakala hadiah telah disponsor oleh 2DayBlogger,upprofits,broframestone , MJ,MySuperKids , Muje,Puan Bee ,Ellen Dan DenaiHati.


19 Responses

  1. Klik Aje ! says:

    Ermm…Bagus entri ni,rasenye theme dgn trademark dah ok, mmg senang gila nak ingat, nak tgk ? KLIK AJE dekat nikname saye…hehe

  2. fuhrer says:

    yaa..btul tu..menganggu kan…

  3. Kodet says:

    blog personal , tak apa la ada lagu . Lagipun , ada jugak yang dah lama berblog tp masih letak lagu autoplay kt blog .

  4. Kotak bulat says:

    em..betul lah ni.. nak try la..

  5. Izwan says:

    pemilihan theme memang penting.. pengaruh besar gak tuh..
    identiti dan trademark,cipta trademark senang tapi nak wujudkannya tu susah sket.. good luck untuk contest ni.. 😉

  6. laaaa kalau backround ps pulak ok x bro .. cekoment sikit .. alahaiiiiiiii

  7. Bean Moreno says:

    wah tips yang bagus

  8. reezluv says:

    yes..trademark tu penting..kasi org ingat selalu..
    p/s: kenang daku dalam doamu..:P

  9. sabri69 says:

    Satu maklumat yang satu akan lakukan. Terima kasih kepada Tuan Blog.

    Pautan blog tuan ada di http://muhammadsabri.blogspot.com/2011/07/cara-popularkan-blog-anda.html

    pada bil ke 6.

  10. sabri69 says:

    Blog anda popular di blog saya. Iaitu di

    http://muhammadsabri.blogspot.com/2011/07/cara-popularkan-blog-anda.html

    pada bilangan :

    Sila lihat layari.

  11. byk lagi benda yg aku kene improve… dari bab menulis, mempromosi dan networking…

    networking ni sgt2 la penting lagi2 kat malaysia nie 😀

  12. Affan says:

    ya, networking pun penting. mungkin ada blogger yang terlepas pandang mengenai networking. berkenaan trademark pulak, mmg bagus sbb ada brand sendiri. cuma aku skg ni pun taktau nak pakai trademark pe ehehhe

  13. daimpressive says:

    Salam ziarah dari blogger baru.
    Sila layari http://suaraserak.blogspot.com/ untuk informasi terkini mengenai haluan hidup, bola sepak, isu semasa dan perundangan.

  1. July 5, 2011

    […] http://www.mrkodet.com/tips-blogging-terbaik-bagaimana-popularkan-blog-di-mata-dunia/ (PR 3) Jom Sertai Aktiviti Mingguan 2DayBlogger.Com Dan Lebih RM 300 Untuk Dimenangi Setiap Bulan!(New) Perhatian!-Tolong Undi Kejap Untuk Kajian Pembaca Blog Ini.Perhatian Anda Amat Dihargai: […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *