[Video] Aksi Memukau Khairul Fahmi Che Mat Pada Penampilan Pertama Bersama Melaka United

(tonton video dibawah)

Selangor, JDT kongsi mata

KUALA LUMPUR: Pemain import baharu, Harry Novillo menyelamatkan maruah Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila jaringannya pada penampilan sulung membolehkan pasukan itu mengikat Selangor 2-2 pada aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, sebentar tadi.

Pendahulu Liga Super itu hampir diaibkan pasukan tangga kesembilan itu apabila dibolosi dua gol dalam tempoh tiga minit meskipun berjaya mendahului permainan namun jaringan pemain kelahiran Perancis itu membantu skuad Harimau Selatan daripada tumbang di gelanggang sama buat kali kedua.

Pada aksi terbabit, Selangor terpaksa mengutip bola dari dalam gawang sendiri seawal minit kedua apabila dibolosi hasil penyudah Gonzalo Cabrera yang berjaya melepasi kawalan pertahanan Selangor selepas menerima hantaran S Kunanlan untuk pelawat mendahului.

Bagaimanapun, Selangor bangkit apabila kealpaan Farizal Marlias yang tidak berada pada kedudukan yang terbaik di hadapan gol dihukum menerusi percubaan lambung dari jarak 30 meter oleh kapten pasukan, Saiful Ridzuwan pada minit ke-14.

Belum sempat JDT ‘bernafas’, mereka sekali lagi tersentak apabila gerakan Rufino Segovia dalam kotak penalti gagal disekat pertahanan JDT dan memberikan ruang kepada penyerang Sepanyol itu melepaskan satu rembatan deras untuk gol kedua Selangor dua minit selepas itu.

Babak kedua bersambung, peluang terbaik JDT mengikat kedudukan muncul pada minit ke-58 namun sepakan percuma gagal disempurnakan dengan baik sebelum percubaan Santos lemah dan sempat dikeluarkan pertahanan Selangor.

JDT melakukan pertukaran di pertengahan babak kedua apabila mengeluarkan Safawi Rasid dan memasukkan Nazmi Faiz Mansor untuk memperkukuh bahagian tengah dan gol penyamaan yang diburu akhirnya diperoleh menerusi tandukan Novillo pada mini ke-67.

Pelawat terus menggandakan serangan untuk mencari gol kemenangan namun keampuhan benteng pertahanan Selangor menyerap setiap asakan menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata.