(Video) Kecederaan Ronaldo Disiku Di Mata Hingga Berdarah

Berita buruk buat peminat Real Madrid apabila pemain bolasepak terbaik dunia Cristiano Ronaldo tercedera kemarin dalam perlawanan menentang Levante. Ronaldo telah disiku oleh David Navarro di bahagian mata sehingga matanya berdarah dan berkemungkinan hilang penglihatan di mata sebelah kanannya.

Ronaldo digantikan dengan Raul Albiol pada waktu tamatnya separuh masa pertama. Mourinho berkata ia amat sukar untuk dia bermain dengan sebelah matanya dan apabila pulang ke Madrid Ronaldo akan ke hospital untuk pemeriksaan matanya.

Apapun saya respect dengan Ronaldo sebab masih bermain walaupun disiku sampai berdarah. Pada minit 1′ Ronaldo sudah disiku dan mampu bermain sehingga tamat separuh masa pertama. Ini adalah suatu semangat yang patut pemain Malaysia contohi.

Selaku peminat Real Madrid, moga – moga Ronaldo cepat sembuh dan tiada masalah yang serius untuk dia terus bermain bolasepak.


2 Responses

  1. donnyien says:

    memang respek kat dia walaupun cedera teruk tapi masih main di masa pertama.. harap dia cepat sembuh

  2. hafidz says:

    Salam.
    Memang serius kecederaan kalau mata dah kena siku.
    Apapun Respect sama Cristiano Ronaldo 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *