Wan Zack, Zaharulnizam dilamar kelab Jepun

Dari Kiri : Wan Zack, Wnn zaharul, Dan Pemain FC RYKUYU Kekita Trial
Pada Hujung Tahun Lalu

GOLD COAST, Australia – Biarpun sukan bola sepak tempatan masih hangat membicarakan mengenai keputusan bintang muda negara, Muhammad Nazmi Faiz Mansor yang bertindak menamatkan kontrak dengan kelab Portugal, S.C. Beira-Mar dan memilih Selangor PKNS sebagai destinasi terbaharu, kem Harimau Muda sentiasa menjadi perhatian pemerhati bola sepak dunia.

Ini kerana selepas kejayaan Nazmi Faiz menambat perhatian kelab Portugal itu, kini tiba pula giliran dua pemain sayap Harimau Muda, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria diberi- kan peluang menjadi pemain muda contoh negara selepas ditawarkan kontrak oleh kelab Jepun, FC Ryukyu.

Perkara itu disahkan jurulatih Hari- mau Muda, Ong Kim Swee, namun pengendali kelahiran Melaka itu masih meneliti kontrak dua tahun tersebut sebelum melepaskan dua tonggak utamanya ke negara yang dikenali sebagai Samurai Biru itu.

Ternyata, persembahan dua anak muda negara itu berjaya menarik perhatian Ryukyu selepas menjalani ujian pada Mac tahun lalu, dan perkhabaran itu jelas memberikan impak positif terhadap program pembangunan bola sepak negara dalam usaha melahirkan lebih ramai pemain yang berkualiti.

Mengulas mengenai tawaran tersebut, Wan Zaharulnizam mengakui, dia sudah bersedia untuk membuktikan keupayaan dalam saingan liga yang lebih baik.

Jelasnya, dia bersama rakan sepasukan, Wan Zack telah mengenal pasti budaya hidup, pemakanan serta bahasa Jepun sekiranya mereka berjaya menyarung jersi Ryukyu pada tahun ini.

“Sejujurnya, saya amat gembira kerana saya sudah menunggu lama peluang keemasan seperti ini.

“Ia adalah impian seluruh pemain bola sepak untuk beraksi di liga yang lebih baik. Apa yang pasti, saya juga mahu meningkatkan tahap keupayaan saya di luar negara dalam usaha membantu skuad negara nanti.

“Ketika menjalani ujian di sana, saya mendapati tiada masalah dari segi cara hidup dan pemakanan. Cuma, komunikasi agak menyukarkan tetapi ia bukan masalah besar.

“Jika proses perpindahan ini berjalan lancar, saya akan mengambil kursus bahasa Jepun bagi melancarkan urusan saya di sana kelak,” katanya.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *